Jika Si Dia Melakukan 5 Perkara Ini, Mungkin Dia Bukan Jodoh Yang Tepat Bagi Anda.

Kadang-kala apabila kita melakukan solat Istikharah, mimpi bukanlah salah satu cara untuk mengetahui bahawa si dia adalah jodoh kita. Melalui perbuatan si dia juga dapat menunjukkan atau ‘hint’ pada kita, tanda-tanda dia bukan jodoh kita. Jom ketahui apa yang si dia lakukan mungkin bukan jodoh yang tepat;

1. Tidak dapat menerima kisah silam.

Kisah silam yang penuh aib sudah tentu kita tidak boleh gembar-gemburkan pada sesiapa termasuk pasangan sendiri sebenarnya. Namun, anda boleh berkias dan mengatakan, anda menyesal dengan perkara tersebut. Si dia juga dapat melihat penyesalan anda, dan menerima kekurangan anda.

Jika si dia seperti ragu-ragu dan berfikir banyak kali untuk menerima anda, malah kerap menghilang, mungkin si dia bukan orang yang tepat.



2. Sentiasa mengasari anda.

Si dia sentiasa mengasari anda melalui fizikal dan mental. Penderaan melalui perbuatan mungkin anda pernah dipukul atau ditampar. Jika melalui mental, penderaan emosi yang sangat jelas seperti sentiasa dimarahi, tidak diambil peduli, ditengking dan sering membuat anda menangis.

3. Sentiasa menipu anda.

Menipu adalah perbuatan untuk menutupi aib dan kesalahan. Si dia yang sering tidak jujur akan menyebabkan hubungan kalian berdua tidak sihat, tidak bahagia, tidak gembira malah tidak ceria. Bagaimana anda hendak berkahwin dengan seseorang yang mempunyai sikap sebegini? Tidak mungkin bukan?



4. Tidak bersikap terbuka dan banyak rahsia.

Seperti point nombor satu, jika anda berani untuk menceritakan kisah silam anda dan menanggung akibat, pasti si dia akan menerima dengan hati terbuka. Malah si dia akan berkongsi rahsia dengan anda juga, supaya kalian berdua dapat mengenali dengan lebih rapat. Jika si dia tidak bersikap terbuka, dan jarang menceritakan halnya sendiri, mungkin dia bukan lah jodoh yang tepat.

5. Tidak mempercayai anda.

Kepercayaan merupakan salah satu aspek utama untuk mengekalkan hubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi dengan rasa curiga. Jadi, si dia sering tidak mempercayai segala yang anda lakukan. Si dia sering berasa was-was dengan diri anda, malah sanggup menutupi kesalahan dirinya sendiri dengan meletakkan seratus peratus kesalahan ke atas anda.

Jadi, jika si dia melakukan 5 perkara ini bagaimana hubungan mampu berkekalan sehingga ke jinjang pelamin? Berkemungkinan si dia bukan lah jodoh yang tepat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen