Wahai Wanita, Apabila Anda Telah Bersuami Kelak, Jangan Lah Membuka Aib Mereka Di Sosial Media.

Antara salah satu trend zaman kini adalah, seorang isteri yang gemar ‘mention’ nama suami pada ‘post’ yang berkenaan dengan isu rumah tangga. Situasi begini menunjukkan etika seorang isteri terhadap suami yang boleh merendahkan martabat dan kewibawaan seorang lelaki yang bergelar suami.



Amalan begini khuatir akan membuka aib si suami dimana ia dilarang sama sekali di dalam islam, seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 187;

“…Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka….”

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan adalah pakaian yang mereka sepatutnya untuk saling menjaga dan menutup hal pribadi dimana ia TIDAK SEHARUSNYA DIKETAHUI OLEH ORANG RAMAI. Suami adalah pakaian bagi isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami.

Jika seorang suami atau isteri membuka aib pasangannya, ia ibarat membuka pakaian tersebut sehingga telanjang. Pasti ia adalah satu perkara yang memalukan, bukan? Jadi, suami isteri adalah sebuah pasukan yang saling melengkapi antara satu sama lain.



Rasulullah SAW juga bersabda;

“Tidaklah seorang hamba menutupi (aib) seorang hamba (yang lain) di dunia melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat.” (HR Muslim).

Hadith di atas menjelaskan bahawa kita dianjurkan untuk menutup aib hamba Allah yang lain, dan dilarang untuk menzahirkan aib mereka di dunia ini. Ternyata ia dilarang sama sekali untuk membuka aib seseorang terutamanya seorang suami.

APAKAH HIKMAH DISEBALIK UNTUK MENUTUP AIB SEORANG SUAMI?

1. Mendapat kemuliaan di mata Allah SWT.

2. Terhindar dari perbuatan dosa dan terlepas dari hukum menyakiti orang lain dalam islam.

3. Menjaga kehormatan pasangan, baik suami mahupun isteri.



4. Orang lain tidak perlu mengetahui masalah peribadi yang terjadi dalam rumah tangga.

5. Membuka aib pasangan sama saja dengan memalukan diri sendiri.

6. Masalah yang terjadi dalam rumah tangga seharusnya diselesaikan oleh suami isteri atau orang yang terlibat saja. Dimana mereka adalah orang yang boleh menyimpan rahsia dan dipercayai.

Maka, manfaatkan lah kehidupan kita dengan pelbagai teknologi yang semakin berkembang. Jangan lah memalukan suami sendiri kerana ia adalah pinjaman dari Allah SWT. Khuatir anda akan hidup dalam penyesalan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen