Panduan Meletakkan Nama Anak.

Kebetulan ada seorang pelangan dtg ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak. 

Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yg buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain)  kepada Jamilah.  Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payoh la nak tukar-tukar… 

Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu pikir lah dulu.  Nama ni tak perlu la panjang-panjang.. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.  Yang hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee...  Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf….. 

Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yang lain kata pada hari pertama.  Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut….

Nama ni sebenarnya penting kerana nabi bersabda kamu akan diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu.  Maka perelokkanlah nama nama kamu….

Antara nama-nama elok yg boleh kita beri nama ialah seperti nama nabi-nabi, dan nama  asma ul Husna.  Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu.  Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman….



Ada orang tanya saya, ada  apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan?  Orang Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu.  Kalau betul nak syafaat,  jagalaa amalan,  rajin-rajin la berselawat dan buatla seperti mana yang nabi ajar.  Itu baru betul..  Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun….

Soalan kedua boleh kah kita letak nama anak dgn nama malaikat?  Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..

Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus,  tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasukla Imam Malik sendiri.  

Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni :

1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.



2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih.

3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha.  Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.

4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abg zani.  Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok .

5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. 

Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir.  Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.



6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi,  Tirmidzi dan sebagainya.  Itu semua nama tempat.  Mungkin suatu hari orang akn letak nama kelantani.

7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa?  MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL. 

8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best,  tapi maknanya anak syaitan bro.  So hati-hati lah ye. 

Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka.  Sekian dulu.

Kredit: Nik Nizam Nasir/Pej Agama Jajahan Tumpat



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen