Perempuan Lebih Minat Lelaki Yang Suka Berjenaka. Benarkah? Kenapa?

Oleh: Rafi

Ramai wanita mengakui jika mahu memilih teman hidup, mereka bukan saja mahukan jejaka penyayang dan kacak, malah pandai berjenaka. Tidak hairanlah, lelaki yang memiliki sense of humour pantas menjadi sebutan, malah rebutan wanita. Benarkah menjadi pak lawak atau suka berjenaka mampu menaikkan saham jejaka? Bagaimana pula pendapat menyatakan kononnya lelaki yang suka berjenaka atau memiliki sense of humour sebenarnya seorang romeo dan suka bertukar pasangan? Namun, biar apapun tanggapannya, umum mengakui sifat humor itu penting dalam mana-mana hubungan malah situasi. Hubungan cinta pasti ceria dan tidak pernah membosankan andai si dia suka berjenaka atau usik-mengusik. Dalam sesetengah situasi, barulah seimbang suatu perhubungan di mana lelaki suka berlawak dan wanita pula tidak henti-henti bercakap! Jika ini berlaku, barulah suatu perhubungan itu penuh warna-warni dan tidak membosankan. Lelaki kelakar boleh menghiburkan hati di kala wanita sedang bersedih dan menangis. Keadaan Wanita selalu menyatakan jika berkawan dengan lelaki kelakar, terasa hidup mereka sentiasa bahagia. Lelaki kelakar lazimnya bukanlah individu panas baran atau tidak pernah mengambil berat sesuatu perkara.



Bagi lelaki yang kelakar dan cool, setiap hari dilalui terasa begitu indah. Bagi wanita pula, hidup mereka pasti lengkap malah bibir tidak lekang dari senyuman. Ikon Lelaki mendapatkan pandangan selebriti yang terkenal dengan sifat jenakanya berhubung isu benarkah humor boleh menarik perhatian si gadis. Mari kita ikuti apa pandangan Zizan Raja Lawak. Pada pendapat anda kenapa wanita menyukai lelaki humor. Adakah dengan menjadi humor, memudahkan wanita lebih tertarik kepada seseorang lelaki? Jika diikutkan kajian pengkaji pelawak, wanita memerlukan perhatian dan suka menjadi tumpuan. Apabila mereka berkawan dengan lelaki yang kelakar akan membuatkan mereka berasa dihargai dan sentiasa gembira. Apabila sudah selalu berjumpa dan berkongsi ketawa, secara tidak langsung akan timbul perasaan suka dengan lelaki kelakar. Apabila bersama, rasa bahagia sangat dan kalau boleh hari-hari hendak lepak bersama. Sebagai contoh, jika peminat itu suka dengan seorang pelawak, walau apa yang terjadi, dia akan tetap setia. Peminat sudah sebati de ngan lawak mereka. Ini membuatkan mereka menjadi lebih dekat kerana semua orang suka bergembira dan mendengar lawak. Dalam perhubungan, adakah anda seorang yang penuh dengan humor atau menjadi seorang yang matang dan serius? Pelawak juga seorang yang serius sebenarnya. Seperti saya, walaupun penuh dengan jenaka tapi saya serius ketika mencari ilham dan mengkaji bagaimana boleh membuat seseorang itu ketawa. Begitu juga dalam perhubungan kerana pelawak juga seorang manusia biasa. Secara peribadi, dalam perhubungan saya lebih sukakan memberi nasihat, saling memahami dan mendengar pendapat satu sama lain. Kalau 24 jam membuat lawak rasanya tidak sesuai sangat. Ada ketikanya, kita perlu menjadi seorang yang serius. Perlu diimbangkan semuanya serta menjaga perhubungan. Banyak dakwaan yang mengatakan lelaki humor ini seorang yang `playboy', tidak pernah serius dan suka mempermainkan wanita. Adakah anda setuju dengan perkara ini? Ini semua bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Tidak semestinya bergelar pelawak, semua sifat negatif perlu menjadi ikutan semua. Mungkin kerjaya sama, tapi kami bukan adik beradik atau sauara kembar. Tidak boleh dikatakan semua lelaki yang humor, seorang playboy atau tidak pernah serius dalam perhubungan. Mungkin ada yang sebegitu, tapi tidak semua perkara negatif berada di bahu lelaki humor.



Lelaki lawak ada aura tersendiri.

Bagi dua responden , mereka berpendapat lelaki humor ada aura tersendiri dan berbeza dengan lelaki lain. Sifat humor seorang lelaki itu dikatakan sebagai faktor utama menarik minat seorang wanita untuk mendekatinya. Bagi Kamelia Suria Kamaruddin, 30, berkawan dengan lelaki humor mampu membuatkan hidupnya menjadi lebih menarik dan penuh dengan gelak ketawa. Kenapa wanita lebih menyukai lelaki humor? Mereka mampu menjadikan hidup seorang wanita lebih menarik. Pasti akan penuh dengan gelak ketawa dan selalunya lelaki humor baik hati. Adakah menjadi humor faktor penting bagi seorang wanita mendekati lelaki? Terpulang kepada keperibadian mereka dan bagaimana mereka menilai perkara ini. Ada yang menyukai lelaki humor dan ada pula yang lebih sukakan lelaki yang bersifat matang dan serius. Lelaki humor selalu dikaitkan sebagai tidak matang dan suka permainan perasaan wanita. Adakah anda setuju dengan pendapat ini? Tidak semua lelaki humor begitu... dalam setandan pisang belum tentu semuanya manis dan elok, mesti ada juga yang busuk. Begitu juga dengan kehidupan sebagai manusia. Apa yang penting, Sifat Aminur Firdaus, 25, yang suka berjenaka menyebabkan dirinya sering mendapat perhatian. Tidak dinafikan, ramai wanita meminatinya kerana sifatnya itu. Beliau juga setuju lelaki humor ada aura tersendiri.



Kenapa wanita lebih menyukai lelaki humor?

Lelaki humor lebih memahami wanita dan mampu membuatkan hidup wanita sentiasa ceria. Dalam sifat humor mereka, tersimpan juga sifat yang penuh dengan kebaikan dan kelembutan. Adakah menjadi humor faktor penting bagi seorang wanita mendekati lelaki? Tidak semestinya untuk mendekati wanita itu kita perlu menjadi humor. Perasaan dan minat wanita itu berbeza dan tidak sama. Jadilah diri sendiri. Jika pada zahirnya memang seorang yang suka berjenaka, teruskanlah dan jika bukan, jangan paksa diri menjadi sebaliknya. Lelaki humor selalu dikaitkan sebagai tidak matang dan suka permainan perasaan wanita. Adakah anda setuju dengan pendapat ini? Tidak sama sekali... humor itu hanya satu sifat dalam diri, bukan membawa kepada keseluruhan hidup seorang lelaki itu. Jangan letakkan satu persepsi negatif dalam perhubungan seorang lelaki humor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen