Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Matang Dalam Bercinta.

Sebahagian daripada wanita mengaku memiliki teman lelaki yang tidak matang. Malah wanita yang telah berkahwin juga sering mempersoalkan kematangan lelaki dalam menguruskan hal perkahwinan. Secara lahiriah, seorang lelaki memang agak sukar untuk berfikiran matang daripada seorang wanita.



Lelaki yang sering mendiamkan diri tidak semestinya seorang yang matang….

Lelaki yang lebih berusia juga tidak semestinya seorang yang matang….

Pengalaman yang membuatkan seseorang itu menjadi lebih matang, jadi jom ketahui jika teman lelaki anda seorang yang matang ketika bercinta…

1. Menepati janji dan tidak pernah membuang masa.

Lelaki yang lebih matang dan rasional setiap pemikirannya, pasti mudah menepati janji dan akan berasa ralat jika masa terbuang begitu sahaja. Malah dia juga sentiasa beringat tentang…

“Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, sihat sebelum datang sakit, senang sebelum sempit dan kaya sebelum miskin.”



2. Menghindari perbuatan yang tidak baik.

Di samping itu, seorang lelaki yang matang ketika bercinta ialah sedaya-upaya menghindarkan diri mereka daripda melakukan sesuatu perkara yang buruk. Ini kerana dia tidak mahu mensia-siakan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah. Jika ia tidak membawa faedah di dalam hidup, sudah semestinya buang jauh dari hidupnya.

“ Yang paling sempurna imannya diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya. Dan yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik kepada istri-istrinya.” (HR. Turmudzi)

3. Lebih bertanggung jawab.

Mereka tahu peranan sebagai seorang lelaki. Mereka juga belajar dan didik diri sendiri untuk bertanggungjawab sebagai suami kelak dan seorang bapa.



4. Berwibawa.

Kerana mereka tahu untuk menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga adalah sukar, maka lelaki ini adalah seorang yang anda boleh bergantung. Semua orang mengharapkan pertolongan daripada dia, kerana dia seorang berwibawa.

5. Bersifat lemah-lembut.

Lemah-lembut bukan bermaksud lelaki ini tidak tegas. Perilakunya kena pada tempat, masa dan seseorang. Jika seseorang itu adalah wanita yang dicintai, sudah pasti sikapnya berlemah-lembut supaya disenangi oleh kekasihnya.

6. Lebih sabar dan mudah memaafkan.

Lelaki yang matang, tidak mementingkan ego mereka kerana ia tidak membawa faedah. Yang penting adalah keharmonian dalam kehidupan.



7. Pendirian yang kuat dan mempunyai matlamat.

Kehidupannya sentiasa mempunyai matlamat, dan tidak berputus asa untuk menangani masalah.

8. Amanah.

Seperti yang lelaki ini tahu, dunia ini adalah amanah dari Allah terhadap dirinya. Dunia yang hanya sementara, dan pinjaman semata-mata dari Allah untuk membuktikan bahawa lelaki ini boleh menjaga amanah yang diberi. Sudah tentu dia tidakakan mensia-siakan amanah ini.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen