Jodoh Yang Bagaimana Dapat Melengkapi Antara Satu Sama Lain?

Sering kita dengar, jangan mencari kesempurnaan di dalam diri pasangan tetapi ia harus melengkapi antara satu sama lain. Jika seorang daripada anda pendiam, maka pasangannya pula perlu lah peramah. Adakah dengan cara sebegitu dapat menentukan pasangan itu pasti melengkapi anda?



Walaubagaimanapun, jika anda merasakan anda adalah seorang yang pendiam, jangan lah pula menetapkan ciri-ciri pasangan yang peramah pula. Jangan terlalu menekankan satu aspek sahaja untuk mencari kriteria pasangan.

Sudah semestinya apabila ingin menjemput jodoh yang baik, anda juga perlu perbaiki diri menjadi insan yang baik juga. Oleh itu, untuk memiliki jodoh yang saling melengkapi anda perlu lihat aspek ini…



1. Adakah si dia menjadi pencetus kemarahan anda?

“Dah la aku tengah stress kat tempat kerja, kau pulak susah betul nak bagi cadangan tempat makan…”

Seperti yang kita tahu, topik remeh seperti mencari tempat makan sering menjadi perbalahan. Jika masing-masing tidak matang, pasti sampai mengerutkan dahi, padahal ia adalah masalah kecil sahaja. Anda stress di tempat kerja dan mahu berjumpa dengan pasangan untuk menenangkan fikiran. Tetapi ia berlaku sebaliknya.

Jika si dia sentiasa menjadi pencetus kemarahan anda dan jarang dapat menenangkan jiwa anda. Berkemungkinan si dia bukanlah jodoh yang tepat.

2. Adakah si dia dapat menundukkan ego anda?

Apabila berada disisi dia, masing-masing dapat menurunkan ego. Keadaan menjadi seimbang, nyaman dan tenang. Anda merasakan tidak perlu untuk menunjukkan ego yang tinggi pada pasangan kerana ia tiada kepentingan. Keutamaannya adalah untuk saling menerima.



Sekiranya si dia mempunyai ego yang tinggi berbanding anda, anda pula sebaliknya, situasi ini akan menyebabkan si dia rasa bersalah. Dan jika si dia mengakui kesalahan dan mudah mengungkap maaf. Keadaan menjadi natural.

3. Adakah anda mudah bertoleransi dengan si dia?

Anda dan si dia menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Sebagai contoh, anda hormat pada pasangan sekiranya mempunyai gaji yang lebih kecil. Jika dia ingin membuat kerja part-time, anda menyokong pekerjaan mereka, dan bekerjasama untuk memperbaiki kehidupan. Bukan bergantung pada dia seorang sahaja untuk mencari rezeki.



4. Adakah si dia dapat mengawal emosi anda?

Sama juga seperti ego, tetapi khusus untuk wanita kerana lebih beremosi. Si dia mampu mengawal emosi anda. Si dia seperti tahu jika anda mudah rasa tersinggung dan lebih emosional. Si dia tidak akan membuat sesuatu perkara yang akan membuat anda lebih emosi. Anda juga seperti patuh mendengar nasihat si dia supaya jaga emosi sendiri. Anda tidak melawan kata-katanya.

Begitulah cara hidup yang saling melengkapi. Bukan lah ia hanya tertakluk pada sikap luaran, tetapi yang penting adalah anda dengan pasangan seperti adanya sambungan magnet di dalam hati dan perasaan, dimana orang luar pasti tidak dapat melihat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen