Jangan Terlalu Menghukum Mereka Yang Lambat Bertemu Jodoh.

Terdapat tiga perkara yang penting untuk kita usaha, tetapi ia adalah rahsia Allah SWT kerana kita tidak tahu pengakhirannya, iaitu Rezeki, Jodoh, dan Ajal seseorang. Rezeki setiap orang berbeza, jodoh juga bertemu di usia yang berbeza, ajal pulak? Persiapkan lah diri anda untuk bertemu ajal, kerana yang pasti kita tidak tahu bila dan dimana kita akan mati.

Berkenaan dengan jodoh, ia menjadi tidak salah untuk bertanya. Namun jangan terlalu menghukum dan memaksa.

“Kenapa kau tak nak ada boyfriend…”

“Cepat-cepat cari pasangan tau, nanti dah tua tak laku…”



Jangan lah kita menuduh mereka yang hidup membujang dengan pelbagai tohmahan seperti terlalu memilih atau kurang berusaha. Kita bukan berada ditempatnya. Jumpa pun jarang, apatah lagi bertanya khabar. Tidak juga duduk sebumbung.

Kita sebagai manusia biasa sudah tentu sering tertanya-tanya, mengapa jodoh seseorang itu lewat. Namun tidak pula mendengar mereka mengeluh, tetapi tabah hidup bersendirian menghadapi segala tohmahan. Pelik lah pula, jika baru sahaja berkenalan satu hari sudah mengajak bernikah?

Jika mereka tidak meminta tolong untuk dicarikan jodoh, jangan pula kita dengan suka hati mencari pasangan untuk mereka. Mencari tanpa berbincang, secara tiba-tiba ada orang datang rumah untuk merisik dan meminang. Pasti mereka keliru, terkejut dan marah.



Jika benar mahu menolong mereka mencari pasangan, jangan pula terlalu berbeza taraf hidupnya sehinggakan seperti tidak logik jika mereka berdua duduk sebumbung. Kita seharusnya beringat bahawa perkahwinan itu untuk menyatukan dua jiwa melengkapi antara satu sama lain. Jika terlalu ketara perbezaannya pasti sukar untuk memahami antara satu sama lain.

Oleh kerana itu, perkenalan yang sepatunya singkat dan cepat ke pernikahan, menjadi terlalu lama pula kerana perbezaan tesebut.

Jodoh seseorang yang datang lewat adalah kerana ia ujian daripada Allah SWT ke atas diri mereka. Sudah tentu kita sendiri tidak tahu perjalanan hidup seseorang, bukan? Malah ujian apa yang mereka hadapi selama ini. Adalah rezeki mereka jika masih mempunyai ibu bapa yang masih menyayangi dirinya.



Apabila kita melihat seseorang yang tidak tahu bergaya, mula pula menuduh. “Ini mesti sebab tak reti melaram, sebab tu tak ada lelaki nak dekat…”. Terkilan hati mereka. Jika mereka tidak maafkan, adakah akan terhapusnya dosa kita? Wallahualam…

Hanya mereka yang melalui situasi ini sahaja yang faham perasaannya. Justeru, lebih baik orang sekeliling mendoakan mereka ini dipermudahkan bertemu jodoh berbanding terus membuat andaian yang bukan-bukan. Jodoh itu rahsia ALLAH. Kita tidak berhak mempertikaikannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen