4 Jenis Wanita Yang Akan Sukar Mendapat Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesibukan hidup pada masa kini akan membuat ramai wanita akan membujang sehingga usianya meningkat. Namun, kesibukan bukan lah faktor utama seseorang wanita ini sukar mendapatkan pasangan. Terdapat perkara yang bergantung pada diri sendiri, bukannya gaya hidup. Berikut adalah empat jenis wanita yang sukar mendapatkan pasangan.



1. Seorang yang mudah putus asa.

Anda mahukan pasangan? Sudah pasti anda perlu berusaha untuk itu. Anda kerap kali ditolak, menjadikan anda sudah malas untuk mencari pasangan? Itu bukan lah satu alasan yang baik. Mencari pasangan ini tidak boleh berputus asa, jika berputus asa anda akan rugi. Lelaki juga tidak sukakan wanita yang mudah berputus asa.

2. Seorang wanita yang sukar diramal.

Bagi anda seseorang wanita yang sukar diramal itu akan menjadi satu tarikan bagi seorang lelaki. Sedangkan ia lebih kelihatan sebagai seorang yang mudah mengubah keputusan serta kelihatan murung. Maka dengan itu, lelaki sukar mendekati anda kerana takut anda akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya serta sukar untuk membaca kemahuan anda.

3. Penuh kepura-puraan.

Anda ingin kelihatan baik di depan mata semua lelaki, sedangkan lelaki tahu anda sedang berpura-pura. Mana tidaknya, mereka ini mudah membaca sifat semulajadi wanita. Orang lelai juga pandai membezakan yang mana pura-pura dan yang mana tidak. Sebab itu lebih baik jadi diri sendiri sahaja.


4. Perfectionist.

Anda mementingkan kesempurnaan, maka anda juga mahukan pasangan yang sempurna. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk mendekati anda. Mereka akan beranggapan bahawa, pasti anda kesukaran ketika menjalinkan hubungan dengan anda. Dalam erti kata lain anda akan menjadi seorang yang cerewet. Tapi jika anda juga berjumpa pasangan yang sama dengan anda, anda tidak perlu risaukan ketidak sempurnaan.

Anda tidak perlu mengubah diri anda menjadi orang lain, ia cukup menjadi siapa diri anda sebenarnya. Anda akan bertemu dnegan jodoh anda pada waktu yang sesuai, jadi jangan risau.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen