Zaman Sekarang Mudah Bagi Wanita Menjadi Perigi Mencari Timba, Tetapi Sukar Untuk Berkekalan.

Persepsi masyarakat melayu zaman dahulu tentang hubungan antara lelaki dan wanita, perkenalan tersebut hendaklah dilakukan oleh lelaki terdahulu. Ini untuk menunjukkan bahawa lelaki tersebut bersungguh-sungguh ingin berkenalan dengan gadis tersebut. Ia juga untuk memastikan hanya lelaki yang berani sahaja dapat mendampingi seseorang gadis.



Mengikut peredaran masa, persepsi masyarakat melayu telah berubah dan tidak kisah jika wanita yang mulakan salam perkenalan terhadap lelaki tersebut. Terdapat pelbagai kenyataan telah dibuat seperti lelaki zaman sekarang semakin berkurangan, jadi wanita perlu memulakan langkah perkenalan. Jika tidak dilakukan, pasti akan terlepas.

Sebahagian daripada wanita ada yang berani untuk menjadi pergi mencari timba. Tetapi bukan lah dengan cara terhegeh-hegeh mengharapkan hubungan dengan lelaki. Mudahnya zaman sekarang dengan adanya sosial media, sudah tentu mereka akan melihat dahulu gerangan jejaka tersebut. Jika wanita tersebut mula suka pada seseorang, pasti mudah sahaja untuk menghantar text mesej pada mana-mana aplikasi sosial media.



Dengan teknologi yang makin berkembang, maka berharap lah semua gadis-gadis pada jejaka tersebut. Justeru jika tiada balasan, sudah tentu dengan mudahnya…

“Hai…”

“…..”

“…..”

“Ouh, dia macam tak suka aku, block je lah”

Namun, jika terdapat balasan daripada lelaki tersebut, agak sukar hubungan tersebut untuk terjalin. Kerana gadis-gadis yang mengharap pasti mahukan hubungan ke tahap yang lebih dari seorang kawan terlalu cepat. Dimana lelaki itu berkemungkinan ragu-ragu terhadap perhubungan tersebut.



SEBAHAGIAN DARIPADANYA JUGA, TIDAK BERNASIB BAIK DAN TIDAK BERKEKALAN….

Mungkin apabila lelaki itu menunjukkan sikap sebenarnya pada gadis tersebut, sudah tentu ia bukan seperti yang diimpikan….

Lelaki tersebut mula memainkan perasaan mereka, kerana menyangkakan begitu mudah gadis tersebut jatuh cinta…

Lelaki itu tidak mempunyai perasaan suka sama seperti gadis tersebut, malah pada awal perkenalan cuba memaksa diri mungkin gembira apabila adanya seseorang mahu berkenalan dengannya…



Tetapi situasi begini, tidak semua perempuan bernasib baik kerana masih adanya pandangan negatif dari masyarakat. Malah ada juga ibu bapa merasakan, anak perempuannya begitu murah untuk berkenalan dahulu dengan lelaki tersebut, padahal ia tidak bercanggah dengan Islam.

Dalam Islam juga, tiada dalil menetapkan lelaki sahaja yang perlu memulakan persahabatan. Apabila lelaki tersebut menolak cinta, maka bermulalah terlukanya hati dan serik untuk berkenalan. Malu pun semakin menebal.

Jika setiap perkenalan yang wanita dahulukan, dan gagal untuk berkekalan sehingga terjadinya berkali-kali, hantarlah wakil yang lebih baik. Tidaklah nanti berasa malu.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen