4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Apabila Bekas Kekasih Si Dia Datang Mengganggu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan yang bahagia bila-bila masa sahaja boleh diuji. Jika tidak diuji dengan kelakuan pasangan, mungkin ia akan diuji dengan kehadiran bekas kekasih. Bukan itu sahaja. Bekas kekasih ini adalah penyebab paling utama berlakunya perpisahan. Ia boleh berlaku apabila anda tidak mempercayai pasangan anda, bukan itu sahaja anda juga hanya akan jadi seorang cemburu buta yang merimaskan pasangan anda. Jadi mari ketahui apa yang anda boleh lakukan dengan bekas kekasih si dia ini.



1. Beritahu pasangan anda akan kebimbangan anda.

Langkah yang pertama adalah dengan memberitahu pasangan anda akan kebimbangan diri anda. Beritahu dirinya bahawa anda merasakan bekas kekasihnya itu bukan hanya mahu mengganggu hubungan kalian walaupun niat bekas kekasihnya itu hanya ingat berbaik dan berkawan kembali. Jangan mudah percaya.

2. Jangan bandingkan diri anda dengan bekas kekasihnya.

Pada ketika ini adalah lebih baik anda menjaga hubungan anda, bukannya membandingkan siapa lebih bagus dan sempurna untuk kekasih anda. Anda seharusnya cuba untuk mengawal keadaan agar pasangan anda tidak begitu mudah untuk memberi peluang kepadanya. Jika anda terleka sedikit sahaja, anda akan kehilangan pasangan anda.

3. Banyakkan masa berkualiti masa bersama pasangan.

Cuba untuk meluangkan masa yang banyak untuk pasangan anda. Tunjukkan bahawa anda sentiasa anda untuk dirinya. Bukan itu sahaja, anda juga perlu tunjukkan bahawa anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama seperti bekas kekasihnya. Bagi dirinya Nampak perbezaan antara anda dan bekas kekasihnya.


4. Bertanya terus kepada bekas kekasih dirinya.

Jika anda merasakan bekas kekasihnya masih tidak berputus asa, apa kata anda bertanya terus kepada dirinya. Mengapa dan apa yang dirinya mahu dari bekas kekasih anda. Namun apa jua jawapan yang dirinya berikan jangan pernah sesekali anda percayai.

Apabila perkara ini terjadi pada hubungan anda, jangan mula ragukan hubungan dan pasangan anda. Melainkan pasangan anda juga memberi layanan yang baik kepada bekas kekasihnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen