Tanda-Tanda Anda Mengubah Diri Demi Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai kepribadian mereka yang tersendiri yang sudah menjadi kebiasaan buat dirinya. Ia juga merupakan identiti yang dimiliki setiap orang. Namun begitu, mengapa perlu ada perubahan diri dalam menjalinkan hubungan? Hal ini kerana, tidak semua orang boleh menerima siapa diri kita sebenarnya.

Perlu ke berubah untuk seseorang yang kita cintai? Jawapannya adalah tidak, seseorang yang mencintai anda perlu menerima siapa diri anda bukannya mengubah diri anda. Tetapi waktu bila anda akan mula berubah demi pasangan? Mari ketahui tanda-tanda anda sedang berubah diri anda demi pasangan anda.



1. Anda mengubah pendapat dan prinsip anda.

Jika kata atau sikap pasangan memberi inspirasi kepada anda untuk berubah secara positif, tidak mengapa. Tetapi jangan biarkan anda sengaja menenangkan, mengubah prinsip atau pendapat anda supaya ingin pasangan mencintai anda. Jangan korbankan prinsip dan pendapat anda hanya kerana seseorang yang tidak menerima diri anda.

2. Mengorbankan kepentingan anda untuk pasangan.

Ia adalah perkara biasa untuk anda cuba mendapatkan kepentingan pasangan anda dengan lebih dekat dengannya. Anda lakukan kerana anda mahu memahami dan menjadi lebih rapat dengan pasangan anda, dan bukannya mahu menarik perhatiannya. Salah satu sebab yang lain ialah anda menyembunyikan minat anda sendiri kerana takut tidak disukai oleh pasangan anda.


3. Menolak peluang baru untuk pasangan.

Jika anda menolak pekerjaan atau peluang baru kerana anda tidak mahu meninggalkan pasangan anda, ia adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku. Setiap peluang yang datang tidak akan datang untuk kali kedua. Maka dengan itu anda seharusnya mengetepikan seseorang yang hanya merosakkan masa depan anda.

4. Berusaha menjadi pasangan idamannya.

Apabila anda sedang berusaha untuk menjadi seseorang yang lain adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam hubungan. Dirinya seharusnya menerima siapa diri anda sejak mula lagi. Bukannya mengubah anda menjadi seseorang yang dia sukai selepas memiliki anda. Anda juga tidak perlu lakukan itu kerana, ia akan membuat anda jalinkan hubungan dalam kepura-puraan.

Pasangan yang baik tidak akan menyuruh kekasihnya itu berubah demi kepentingan dirinya sahaja. Tetapi mereka ini akan menerima siapa diri anda sebenarnya dan melengkapi kekurangan diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen