Jenis-Jenis Keberanian Yang Ada Pada Lelaki Mampu Membuat Wanita Terpikat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita mempunyai satu kriteria yang akan dicari di dalam diri seorang lelaki yang akan menjadi penjaga dan pelindung mereka. Mereka ini tidak memandang masa depan anda, wajah yang tampan serta poket yang tebal. Tetapi mereka ini memilih keberanian yang anda dalam diri seorang lelaki. Tidak semua lelaki mempunyai keberanian seperti ini. Namun begitu, keberanian yang macam mana yang wanita sukai?



1. Berani untuk berubah.

Lelaki akan kelihatan lebih yakin apabila mereka ini berani untuk berubah demi masa depan mereka. Tujukkan kepada wanita bahawa anda boleh mengubah sifat negatif anda kepada sikap positif yang akan membawa perubahan besar dalam hidup anda. Sebagai contoh, kurangkan ego serta sifat pentingkan diri. Tidak ramai yang mampu lakukan.

2. Berani untuk bersikap tegas.

Secara umumnya wanita lebih mudah terpikat dengan lelaki yang tegas akan pendirian mereka. Mana tidaknya lelaki seperti ini akan mengeluarkan aura yang lebih menawan. Mereka ini selalunya tidak akan merasa ragu-ragu dalam melontarkan pendapat mereka. Ia akan menunjukkan bahawa anda tidak akan berkompromi terhadap satu perkara yang salah.

3. Berani untuk bertanggungjawab.

Memikul tanggungjawab bukan lah satu yang mudah, tetapi jika seorang lelaki bersungguh-sungguh ingin menghalalkan seorang wanita, ia sememangnya menjadi tarikan wanita. Hal ini kerana, tidak ramai lelaki yang bersedia dengan sendirinya dalam memikul tanggungjawab melainkan mereka benar-benar menyayangi wanita tersebut.


4. Berani untuk meninggalkan wanita yang memberi pengaruh negatif.

Seseorang yang membawa pengaruh negatif perlu dibuang ke tepi, hal ini kerana ia mungkin akan memberi risiko pada masa depan. Namun tidak semua lelaki mampu lakukan apabila mereka benar-benar telah jatuh cinta dengan wanita terbabit. Tetapi jika anda berani lakukan, anda sememangnya seorang yang berani.

5. Berani ambil risiko dalam hidup.

Seorang lelaki tidak boleh sentiasa mengharapkan orang lain untuk memberi pelindungan serta kesenangan dalam hidup mereka. Maka dengan itu mereka ini perlu berani untuk mengambil risiko. Jika anda berani menghadapi risiko dalam hidup, itu bermakna wanita akan berasa selamat dan yakin ketika bersama dengan anda.

Sifat berani perlu anda dalam diri seorang lelaki, namun sifat berani itu berbeza-beza pada seorang lelaki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen