“Cepat-Cepat Minta Maaf Pada Isteri, Nanti Nak Jawab Apa Pada Allah Kalau Lukakan Hati Isteri…” Ikuti Kisah Ini.

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman;

“Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita” (Taha: 117)

Dan juga…

Allah SWT telah berfirman;

“(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan"”( Az-Zukhruf 43:70)

Perkongsian dari Encik Syahr Musafir



Buat lelaki bergelar suami,

“Isteri, sekuat mana pun dia, sekering mana pun hati dia sehingga dia tak pernah tunjuk dia sedih tak pernah menangis depan suami, atau sesolehah mana pun sewara' sealim manapun dia dari segi agama dan ibadah, dia tetap wanita bergelar isteri….

Satu kali suami melukakan perasaannya, dia akan ingat sampai bila-bila, kerana dia boleh tunjuk dia cool depan kita, tetapi dalam hatinya menangis hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu….

Sebab itulah sebagai suami, kalau ada silap cepat-cepat minta maaf pada isteri. Bukan takut isteri, tetapi takutkan Allah SWT. Kalau isteri mengadu pada Allah;

"Ya Allah, suamiku lukakan hatiku, Kau kuatkanlah hatiku,"



Apa kita sebagai suami nak jawab kepada Allah kalau Allah tanya kenapa kita lukakan hati isteri?

"Sebaik-baik manusia adalah yang terbaik bagi isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kalian terhadap isteri...” (HR At-Thirmidzi no 3895 dari hadits Aisyah dan Ibnu Majah no 1977 dari hadits Ibnu Abbas dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 285))

Jaga hati isteri, sebagaimana kita nak isteri jaga hati kita sebagai suaminya…”.

Jika benar anda mahukan pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain, sama-sama lah mengharungi ujian perkahwinan. Jangan lah membiarkan pasangan harungi keseorangan, menanggung bebanan bersendirian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen