Jodoh Bukan Dicari, Tetapi Dijemput. Jom Ketahui Cara Menjemput Jodoh Dengan Melakukan 5 Perkara Yang Baik Disisi Allah SWT.

Apabila ia berkaitan dengan jodoh, kita pasti disogokkan untuk MENCARI pasangan yang sesuai dan sepadan dengan kita. Bagaimana untuk MENCARI pasangan atau jodoh, jika semua aktiviti atau perkara yang dilakukan kadang-kala melanggar syarak Islam?

Apabila kita sering melakukan perkara-perkara yang baik disisi Allah SWT, secara semula jadi, kita akan menjemput jodoh dengan sendiri. Jadi jodoh itu dijemput, dengan melakukan perkara seperti berikut…

1. Sentiasa bersedekah.

“Minta datangkan rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah” (HR Al-Baihaqi)

Sedekah ialah situasi kita berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Masukkan wang ke dalam tabung masjid atau berikan wang kepada anak yatim yang susah. Hal ini sangat dituntut kerana dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain.



Bersedekah juga membuatkan jiwa kita lebih tenang. Orang yang sentiasa bersedekah rezekinya semakin murah. Ada yang mengatakan jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Sebaliknya bersedekah untuk anda menjadi lebih kaya. Sebelum berkahwin, banyakkan bersedekah supaya anda lebih bersyukur kerana semakin hampir berkahwin dengan bakal jodoh anda.

2. Bersihkan diri daripada dosa.

Sebelum berkahwin, pastikan anda membersihkan 'jiwa' dengan memperkukuh ibadat wajib dan diperkemaskan lagi dengan ibadat sunat. Lakukan solat hajat, solat taubat dan juga perbanyakkan mengaji Al-Qur’an.



Mohon ampun dengan ALLAH di atas dosa yang anda pernah lakukan sebelum ini. Selain itu, pembersihan dosa juga boleh dilakukan dengan meminta maaf daripada orang yang pernah anda sakiti.

3. Mencari yang lebih mahir perbetulkan bacaan Al-Qur’an anda.

Bagi mendapatkan pahala, bacaan Al-Qur’an hendaklah betul sebutannya. Justeru, luangkan masa dengan mengaji Al-Qur’an dengan lebih kerap. Jika perlu, pergilah mencari para Ustaz atau Ustazah demi memperbetulkan bacaan anda. Hal ini kerana suami perlu mengaji dan mendidik isteri mengaji Al-Qur’an. Begitu juga jika apabila anda memiliki anak kelak.



4. Meningkatkan kesyukuran dengan tidak membuat perbandingan pasangan.

Bakal berkahwin tidak lama lagi, justeru wajarlah anda bersyukur kerana bakal mempunyai pasangan hidup. Lihat sekeliling, betapa ramai lagi individu yang masih membujang. Mereka tidak pasti di manakah jodoh berada dan entah bila akan dapat berkahwin.

Jangan pula membandingkan bakal jodoh anda itu dengan orang lain yang tinggi darjatnya. Bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Belajarlah bersikap ikhlas dan lihatlah pasti kebahagiaan akan datang.



5. Persiapkan diri dengan segala ilmu.

Sebelum mendirikan rumahtangga, sila lengkapkan diri dengan ilmu. Berada di majlis ilmu menjadikan diri anda menerima pahala kerana menuntut ilmu. Pasangan yang hendak berkahwin perlu hadir kursus pra-perkahwinan yang dipanggil kursus kahwin.

Hal ini sangat bagus kerana bakal suami dan isteri mendapat ilmu kekeluargaan. Namun alangkah bagusnya jika anda mempunyai inisiatif sendiri dengan mendapatkan ilmu tambahan. Boleh sahaja tanyakan pada individu berpengalaman ataupun mendengar ceramah di masjid yang selalu mengadakan usrah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen