Cuba Kawal Perasaan Insecure Anda Dengan 4 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan ragu-ragu akan hadir pada bila-bila masa saja dalam hubungan serta fikiran anda. Apabila rasa ini mengawal anda, anda mungkin akan mengalami sedikit tekanan. Setiap perkara yang datang anda akan fikirkan secara berlebihan. Anda terlalu bimbang sekiranya anda bertanya atau melakukan sesuatu, anda akan kehilangan pasangan anda.

Oleh itu, anda perlu cuba untuk membuang perasaan insecure yang ada dalam diri anda. Jika anda tidak lakukan perkara tersebut, ia akan membuat hubungan anda bertambah buruk. Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan.



1. Terima hubungan apa adanya.

Jangan terlalu memikirkan kekurangan dan kesilapan pasangan. Cuba membuat diri anda memikirkan sesuatu yang selamat. Anda harus terima hubungan anda seadanya. Jangan terlalu ingin sesuatu yang lebih, apabila pasangan anda tidak mampu lakukan ia akan menimbulkan pelbagai perasaan ragu.

2. Jangan terlalu membuat kesimpulan sendiri.

Tidak salah membuat kesimpulan sendiri jika anda sudah mendapati perkara yang anda tahu dan lihat itu benar. Bukan itu sahaja, anda juga telah mendapat penjelasan yang jelas daripada pasangan anda. Tetapi jika semuanya belum, anda hanya akan menyikiti hati anda serta membuat satu perkara itu bertambah keruh.


3. Jalani hubungan apa adanya.

Jika anda terlalu berasa ragu-ragu dan tidak selamat akan hubungan anda, bagaimana anda ingin mendapat kebahagiaan daripada hubungan tersebut. Apa kata anda jalani sahaja hubungan anda tanpa terlalu banyak berfikir. Abaikan semua perkara yang mengganggukan dan cuba untuk berbahagia bersama dirinya.

4. Berfikiran positif.

Perkara yang paling penting dalam melawan perasaan insecure ini adalah berfikiran positif. Cuba untuk berfikiran positif terhadap hubungan anda. Memikirkan mengenai masa depan yang baik bersamanya. Bina pemikiran yang bahagia serta indah di dalam minda anda dan jangan sesekali membenarkan perkara negatif lalu di dalamnya.

Mungkin tidak mudah bagi anda untuk melakukan itu, tetapi jika anda tidak mencuba bagaimana anda mahu tahu keberkesananya. Bukan itu sahaja, jika anda kerap insecure terhadap hubungan anda, anda juga yang akan menyakiti diri anda sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen