Elakkan Hantar Mesej Pada Teman Lelaki Ketika 4 Situasi Ini.

Agak sukar untuk menjadi seorang gadis malah wanita yang tidak merumitkan. Malah suka pula mencari gaduh dengan teman lelaki mereka tidak kira masa dan waktu. Kadang-kala mahu bermanja juga tidak kena tempat dan masa yang sesuai. Oleh kerana itu, lelaki mudah berasa rimas dan tidak mahu diganggu setiap masa.



Jadi pada gadis dan wanita diluar sana, elakkan hantar mesej atau whatsapp pada teman lelaki ketika situasi berikut supaya tidak berlaku pergaduhan…

1. Selepas pertemuan yang pertama.

Sudah tentu anda sangat teruja apabila telah memiliki teman lelaki setelah sekian lama. Anda amat seronok apabila berdampingan dengan mereka. Dan juga anda tidak henti-henti menghubungi si dia dan menghantar mesej bertubi-tubi. Rileks, jangan nampak sangat anda terlalu hauskan cinta si dia. Bagi lelaki itu peluang untuk ‘mengejar’ anda.



2. Apabila anda sedang marah.

Sangat menjengkelkan apabila anda menjadi marah ketika si dia jarang menghubungi anda, dan ketika waktu santai mereka, anda mesej “Kenapa awak tak call saya?” dengan emoji tanda marah. Lebih-lebih lagi jika ketika itu mereka sedang memikirkan masalah dan serabut. Pasti bertambah serabut.

3. Apabila anda terlalu bersusah payah untuk membuat jenaka.

Si dia juga tahu anda tidak bijak berjenaka, malah jika anda berjenaka ia seperti memperkecilkan orang lain. Jika kaedah seperti ini anda mahu membuatkan si dia tertawa, anda gagal. Jangan cuba mengkritik orang lain, untuk membuat teman lelaki anda ketawa. Pasti si dia akan membuat andaian, anda ini tidak bijak.



4. Apabila anda telah whatsapp si dia pada hari tersebut.

Dan anda masih mesej dengan si dia. Anda telah memberitahu si dia tentang apa yang anda lakukan pagi tadi, tetapi tengah hari juga anda tidak lupa untuk update pada si dia. Malam juga anda whatsapp supaya si dia mengetahui tentang anda setiap hari.

Jadi elakkan daripada terlalu kerap update tentang rutin harian anda pada si dia. Jika anda whatsapp kesemuanya tentang diri anda pada waktu siang, sudah tentu pada waktu malam si dia sudah bosan dengan anda, kerana tiada apa lagi cerita mahu dikongsikan lagi.



 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen