5 Penyebab Kegagalan Percintaan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai persaan takut dan cemas sekiranya hubungan cinta yang terbina itu terputus ditengah jalan. Anda banyak sebab berlakunya kegagalan dalam hubungan ini. Tidak salah juga jika anda mengambil tahu akan punca-punca penyebab berlakunya perpisahan. Ia akan membukitikan bahawa anda dan pasangan bersedia untuk memperbaiki hubungan kalian.

Tetapi ada sahaja yang tidak memperdulikan masalah ini. Biasanya mereka yang tidak menghiraukan hal seperti ini lebih mudah gagal dalam perhubungan yang dibina. Mari ketahui apa penyebab satu hubungan itu gagal untuk bersama.



1. Cinta tiga segi.

Kehadiran pihak ketiga tidak akan menambah bahagia di hati anda tetapi ia akan menambah masalah dalam hidup anda. Jika menjalinkan hubungan seperti ini, tidak akan ada seorang pun yang akan bahagia. Sama ada anda berdua ataupun pihak ketiga. Semuanya hanya akan menyakiti antara satu sama lain.

2. Kurang mempercayai pasangan.

Setiap hubungan perlu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pasangannya. Hal ini kerana, tanpa rasa saling percaya perlbagai perkara mudah terhasut. Apabila anda percaya pada pasangan, segala fitnah dan khabar angin akan anda endahkan dan tidak ambil peduli. Jika tiada saling percaya pasti hubungan tersebut akan bergoyang.

3. Pasangan yang berubah.

Jika pasangan anda berubah hati pasti anda yang menjadi punca perubahan itu. Sebagai pasangan yang baik, anda perlu peka akan perasaan pasangan anda. Jangan biarkan dirinya terlalu bersedih kerana nanti akan ada orang lain yang akan membahagiakan dirinya.


4. Mempunyai tujuan yang berbeza.

Setiap pasangan pasti mempunyai tujuan dalam membina hubungan ini. Namun jika kalian mempunyai perbezaan tujuan ia juga akan menjdi penyebab perpisahan. Sebagai contoh, anda mahukan hubungan yang berakhir dengan pernikahan manakala pasangan anda mahukan pasangan untuk tempat dirinya hilangkan kesunyian. Pasti hubungan anda akan lebih terganggu akan perkara ini.

5. Tawar hati.

Tidak mampu melupakan kesilapan pasangan hingga akhirnya tawar hati dalam perhubungan adalah satu perkara yang tidak boleh diselamatkan. Apabila pasangan anda mula tawar hati, ia akan membuatkan dirinya berpaling dari anda serta sukar untuk menerima anda kembali.

Kesimpulannya, jika anda mahukan hubungan yang bahagia anda perlu jauhi serta awasi perkara-perkara yang akan menyebabkan hubungan anda musnah. Sayangi hubungan yang telah dibina dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen