5 Kata-Kata Kiasan Teman Wanita Anda, Yang Anda Perlu Tahu Bahawa Si Dia Sebenarnya Tidak Jujur.

Kata-kata kiasan dengan wanita tidak boleh dipisahkan. Secara lahiriah, ia memang ada dalam diri wanita dan tidak boleh disangkal lagi. Ibarat lelaki yang semula jadi suka mendiamkan diri apabila mempunyai masalah, begitu juga dengan wanita. Wanita memang gemar memberi kata-kata kiasan supaya lelaki dapat memahami apa yang tersirat di dalam hati.

Apabila berlakunya situasi begini, lelaki tidak boleh terus mendiamkan diri seperti memahami tetapi perlu bertanya kali kedua apa yang si dia maksudkan sebenarnya.



Jom lihat antara kata-kata kiasan wanita yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak jujur dengan anda…

1. “Saya tak pernah langsung nak cuba mengorat kawan awak”

Hati-hati, sebenarnya teman wanita anda sememangnya ada niat untuk mengorat rakan lelaki anda yang lain. Tetapi anda tidak tahu, siapakah gerangan rakan tersebut. Kata-kata kiasan ini adalah perangkap untuk lelaki supaya berhati-hati. Jangan berasa terlalu selamat, dan percaya bahawa si dia tidak akan mengorat sahabat anda yang lain.



2. “Dia bukan taste saya laaa”

Secara keseluruhan memang lelaki lain tersebut bukan ciri-ciri lelaki idaman teman wanita anda, tetapi percayalah pasti ada sedikit yang mampu memikat hati dan pandangan dia. Malah si dia akan jawab “Mestilah awak lagi handsome” ayat sebegini hanya untuk menjaga hati anda sebagai teman lelaki dia sehaja. Selepas teman wanita anda merasakan, anda percaya dengan kata-kata ini, dia pasti akan stalk lelaki tersebut.

3. “Laki tu tak pernah cuba nak mengorat saya…”

Apabila teman wanita anda menceritakan tentang seorang lelaki lain, dan anda cuba bertanya “Dia ada mengorat awak tak” dan jawapannya tidak, pasti si dia menyorokkan sesuatu daripada anda. Teman wanita anda secara tidak sengaja membuatkan anda berasa cemburu dan berasa tidak selamat di dalam hubungan kalian.



4. Sudah tentu saya tak pernah tipu awak…”

Siapa sahaja yang tidak pernah menipu? Walau dengan sahabat pun, kita pernah menipu.

5. “Family saya suka awak…”

Lelaki perlu tahu bahasa badan seorang wanita apabila menceritakan tentang keluarganya. Apabila si dia seperti bersungguh-sungguh menyatakan bahawa ibu bapanya amat menyukai anda, jangan la percaya seratus peratus. Anda perlu berhati-hati dan sebenarnya anda harus memperbaiki diri setiap kali mahu bertemu dengan ibu bapa teman wanita anda. Jangan terlalu selesa!



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen