Kenali 5 Kekurangan Yang Membawa Kebaikan Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang anda cintai itu tidak sempurna, mereka ini mempunyai banyak kekurangan. Setiap manusia mempunyai kekurangan dirinya tersendiri, tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Maka dengan itu, adalah wajar jika anda menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya begitu juga dirinya. Namuan begitu, terdapat lima kekurangan yang anda tidak boleh bantah kerana ia lahir secara semula jadi. Mari ketahuinya.



1. Pasangan yang lebih menyayangi keluarganya.

Banyak orang akan memingirkan pasangannya apabila dia lebih memilih keluarganya berbanding pasangannya. Perkara biasa sahaja jika seseorang itu lebih mengutamakan keluarganya. Kesimbangan dalam hubungan itu memang diperlukan, tetapi jangan lah pula anda melarang dirinya melakukan hal yang sedemikian. Jika dia memiliki kekurangan seperti ini ia menunjukkan bahawa dirinya mempunyai sifat yang bertanggungjawab dan setia.

2. Pasangan yang sensitif.

Jangan terlalu marah jika pasangan anda terlalu sensitif terhadap persekitarannya. Boleh jadi sahaja dia hanya memiliki sifat simpati yang tinggi. Namun begitu, mereka yang memiliki sifat sensitif ini biasanya akan peka terhadap perubahan tempat atau seseorang. Jadi ia menjadi salah satu kelebihan yang ada pada dirinya.

3. Pasangan yang mudah menangis.

Menangis bukan lah menunjukkan diri mereka ini lemah, tidak kiralah baik lelaki mahupun wanita. Mereka yang mudah menitiskan air mata ini adalah seseorang yang peka terhadap perasaan mereka sendiri. Bukan itu sahaja, mereka ini juga berhati lembut dan mudah memaafkan kesilapan orang lain.


4. Pasangan yang tidak cantik atau tampan.

Tidak semua orang sempuran dalam hidupnya. Mungkin dirinya tidak memiliki rupa paras yang menyenangkan hati anda tetapi mereka ini pasti mempunyai hati yang ikhlas terhadap anda. jangan hanya memandang rupa paras sahaja hingga mengabaikan hati yang baik. Ketahui lah hati yang baik lebih menjamin kebahagiaan berbanding rupa paras yang elok.

5. Pasangan yang mempunyai perbezaan latar belakang.

Sebagai seorang manusia, kita ini sama sahaja di mata Maha Pencipta. Tiada perbezaan sama anda anda miskin ataupun kaya. Kita ini dipandang sama rata sahaja. Maka terima sahaja siapa pun pasangan kita dan jangan mementingkan darjat. Mungkin kekurangan yang dimiliki pasangan itu tidak akan menjadi beban untuk kita pada masa hadapan.

Tidak ada hubungan yang sempurna dalam hidup ini. Jika anda melarikan diri hanya kerana pasangan anda tidak sempurna di mata anda, itu bermakna anda masih lagi belum bersedia untuk menjalinkan satu hubungan yang matang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen