Bakal Suami Yang Ringan Tulang Adalah Dambaan Wanita Zaman Sekarang.

Jika lelaki zaman sekarang tertanya-tanya, lelaki yang bagaimanakah dapat memikat hati wanita, sudah tentu salah satu ciri utama adalah ringan tulang. Memiliki suami yang rajin tanpa disuruh atau dipaksa pasti membuatkan kaum wanita rasa bersyukur.



Selain memiliki kerjaya dan pendapatan, sudah tentu wanita zaman sekarang akan memastikan bakal suami mereka tidak malas untuk mengemas rumah. Ini kerana wanita zaman sekarang juga bekerjaya untuk mencari rezeki diluar rumah. Ia amat berbeza dengan wanita zaman dahulu dimana hanya duduk di dalam rumah menguruskan segalanya.

Bekerjaya dan mengemas rumah sudah tentu amat memenatkan, sudah pasti wanita mahukan suami yang mampu menolong sama menguruskan hal rumah tangga seperti…



1. Mengemas tempat tidur.

Usai sahaja bangun tidur setiap pagi, jangan lah mengharapkan isteri seorang sahaja yang mengemaskan tempat tidur. Jika masih berdua, pasti tiada masalah. Jika setelah memiliki anak yang ramai, pasti kasihan si isteri untuk melakukan kesemua kerja. Ringankan lah bebanan si isteri. Pasti mereka akan tersenyum di awal pagi.

2. Membersihkan kamar mandi.

Tugas membersihkan kamar mandi seeloknya adalah tugas si suami kerana ia boleh dikategorikan sebagai kerja yang berat dan memenatkan. Dan juga kamar mandi perlu lah dibersihkan selalu dan sentiasa kering dilantai supaya masing-masing tidak mudah tergelincir dan terjatuh. Ia pasti akan memudaratkan.



3. Letak pakaian kotor dalam bakul cucian.

Ketika bujang anda sentiasa melemparkan sahaja baju kotor di atas katil, lantai dan merata tempat sehingga tidak boleh dijumpai. Ubah lah gaya hidup anda untuk meletakkan baju kotor di dalam bakul cucian, supaya tidaklah sakit mata si isteri melihat baju yang bersepah.

Lagi bagus, jika anda ambil semua pakaian kotor yang ada dan terus dicuci menggunakan mesin basuh. Setelah siap, tolong jemur sekali ya!



4. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah.

Kaum lelaki perlu tahu, ada sebahagian wanita tidak gemar apabila sisa makanan dibiarkan di dalam sinki dan bertakung di dalam air. Sekurang-kurangnya kalau malas sangat nak basuh pinggan, buanglah sisa makanan tersebut di dalam bakul sampah. Bukan susah sangat.

5. Bantu isteri di dapur.

Perkara yang paling menggembirakan si isteri adalah apabila adanya si suami menolong mereka di dapur, bukan sahaja membasuh pinggan, malah menolong mereka ketika memasak. Jangan ingat wanita yang mahir memasak menggunakan semua pekakas elektrik, ada sahaja yang masih menumbuk cili menggunakan lesung batu. Masakan yang memerlukan santan diperah sebenarnya lagi menyelerakan. Jadi, bantu lah mereka ya!



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen