Buang 5 Sikap Ini Sekiranya Anda Ingin Mencari Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mencari jodoh anda sendiri. Orang lain tidak akan membantu anda mencari jodoh anda. Inginkan jodoh yang baik serta inginkan berkenalan dengan orang lain, semuanya perlu usaha dari anda. Perkara seperti ini tidak akan terjadi tanpa usaha dari anda. Maka dengan itu buang lima sikap ini agar jodoh boleh menghampiri anda.



1. Masih belum move on.

Bangun dan bangkit dari masa lalu anda. Selagi anda masih hidup dalam kenagan dan bayang-bayang yang lalu, ia akan membuat anda sukar untuk mencari pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda juga akan merasa kesunyian dan kecewa.

2. Mengurung diri di rumah tanpa melakukan apa-apa pun.

Jika tiada aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah, cuba untuk keluar. Hirup udara yang segar serta menikmati pemandangan ciptaan Allah s.w.t. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil peluang dengan mencari kenalan dan mendekati diri dengan masyarakat.

3. Menganggap laman mencari jodoh tidak sesuai untuk anda.

Jika anda bersifat pemalu, serta sukar untuk bergaul dengan ramai orang mungkin laman cari jodoh salah satu cara anda mencari pasangan. Jangan beranggapan laman cari jodoh ini tidak sesuai untuk anda. Sedangkan ramai yang menemui jodoh disitu dan telah bahagia. Tak akan anda tidak mahu mencuba juga?


4. Mengharapkan kehidupan seperti dalam drama.

Hidup dan drama ini berlainan, jangan mengharapkan satu yang fantasi akan berlaku di dalam hidup anda. Anda tidak akan mungkin dipaksa kahwin dengan lelaki kaya, hal ini kerana ia tidak ada di dunia yang nyata. Berhenti berangan yang tidak membuahkan hasil malah membuat anda lebih banyak melayani perasaan anda sendiri.

5. Tidak mahu meninggalkan zon selesa anda.

Mungkin anda sudah terlalu selesa dengan hidup anda. Di mana anda tidak perlu memikirkan apa-apa selain diri anda serta ibu bapa anda. Sudah menjadi fitrah manusia hidupnya berpasangan, tidak kah anda mahu hidup bersendirian? Ingat walaupun anda dalam keadaan selesa, anda tidak akan selamanya dalam keadaan itu.

Cuba buang lima perkara ini dalam hidup anda, ia pasti akan membawa anda menemukan jodoh dengan kadar yang segera. Jangan berfikir panjang, mulakannya dari sekarang demi masa depan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen