Kenapa Wanita Menjauhi Daripada Lelaki Kacak? Apakah Pandangan Negatif Mereka Terhadap Lelaki Kacak Ini?

Definisi lelaki kacak pada setiap wanita sudah tentu berbeza. Jika seorang wanita ini mengatakan lelaki kacak itu tinggi dan mempunyai wajah maskulin, bagaimana pula dengan seorang wanita lagi mengatakan lelaki jambu itu adalah lelaki kacak? Ternyata pandangan masing-masing adalah berbeza.

Tetapi apabila selebriti terkenal berwajah tampan, pasti ramai sahaja tidak dapat menyangkalkan kenyataan tersebut.



Tidak kira bagaimana wajah tampan seseorang lelaki itu, pasti ada sahaja wanita seperti takut untuk mendekati mereka. Oleh kerana itu, sebahagian daripada kaum wanita tidak meminati lelaki kacak sebagai pasangan.

Jom ketahui apakah perkara negatif yang wanita pandang pada lelaki kacak ini…

1. Playboy.

Kebiasaannya lelaki kacak ini pasti akan dicop sebagai playboy. Maklumlah, berbekalkan wajah kacak dan juga ayat manis pasti akan menarik perhatian para wanita. Tetapi zaman sekarang, wajah lelaki yang sederhana juga kadang-kala digelar playboy. Hati-hati!



2. Digilai Ramai.

Siapa sahaja tidak jatuh cinta pada lelaki kacak, bertambah kacak jika berbadan sasa. Sehinggakan ada wanita sanggup bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan lelaki tersebut. Wah, seronoknya jadi lelaki kacak, bukan?

3. Manis Mulut.

Persepsi wanita terhadap lelaki kacak ini adalah memiliki bibir yang lebih manis dari tebu malah madu juga. Mereka gemar memberi harapan dan acapkali meluah kata cinta. Tidak hairanlah jika kekasih hati mereka keliling pinggang. Namun zaman sekarang, semua lelaki itu bermulut manis, sudah tidak dapat bezakan antara cinta dan janji palsu.

4. Perasan Lebih.

Lelaki kacak ini perasan. Asal ada wanita pandang sahaja, pasti rasa bangga mula merasuk diri. Alahai lelaki, mungkin wanita itu memandang orang lain.



5. Diminati Kaum Sejenis.

Wanita zaman sekarang lebih berhati-hati dengan lelaki kacak kerana trend sekarang memilki wajah tampan tetapi digemari oleh golongan mereka sendiri. Malah sentiasa selfie bersama. Silap-silap lelaki kacak itu sebenarnya gay!

6. Penampilan Diri.

Kebiasaannya lelaki kacak ini amat menjaga penampilan diri, dan pakaian mereka hanya yang berjenama dan jarang melihat lelaki sebegini selekeh. Mereka juga wangi sehingga mampu memikat wanita yang ramai.



7. Cerewet.

Lelaki kacak sangat memilih. Mereka sangat cerewet dalam memilih pasangan dan teman hidup. Tidak hairan jika mereka sering bertukar-tukar pasangan.

8. Bajet Berduit.

Lelaki kacak sering berlagak seolah-olah mereka mempunyai banyak wang. Walhal, keluar makan pun kadang-kadang kekasih yang bayar.

Namun, tidak lah semua lelaki kacak itu mempunyai sikap yang negatif sahaja. Jika anda sering memikirkan perkara yang negatif, jadi memang begitulah sangkaan anda terhadap orang lelaki. Cuma berhati-hati dalam memilih.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen