Malas Nak Sebut Kata Maaf? Jangan Menyesal Dikemudian Hari, Sehingga Kehilangan Si Dia.

Apabila anda telah memiliki pasangan untuk sehidup dan semati, buanglah perasaan ego itu. Tidak berdosa malah dapat meredakan kemarahan pasangan. Antara salah satu kunci kebahagiaan sesuatu hubungan adalah rendahkan ego, mengakui kesalahan sendiri sehingga menenangkan jiwa pasangan dan rasa dihargai.

MAAF BUKAN SAHAJA MELALUI KATA-KATA, TETAPI MELALUI PERBUATAN

Ramai dikalangan kita amat sukar untuk mengungkapkan mata maaf hanya kerana ego semata-mata. Hanya mengungkap kata maaf semata-mata untuk mengalihkan masalah, bukan lah cara effektif kerana ia kadang-kala tidak tulus dan ikhlas.



Maka, bertindak lah melalui perbuatan untuk menunjukkan bahawa anda benar-benar bersalah. Ambil hati pasangan melalui perkara yang yang menjadi kegemaran si dia, seperti memasak makanan kegemarannya atau menemani mereka lakukan perkara yang digemari.

MEMINTA MAAF BUKAN BERMAKSUD LEMAH

Jangan lah merasakan kata maaf itu menunjukkan anda lemah. TIDAK! Kata maaf adalah seorang yang matang untuk mengelakkan konflik berpanjangan. Dan jika anda meminta maaf atas kesalahan sendiri, ia menunjukkan ANDA MENGHARGAI PASANGAN.



Anda sepatutnya berterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan terus tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasan ini boleh mencetusnya perang yang besar.

RUNTUHKAN PERSEPSI PESALAH SAHAJA YANG HARUS MEMINTA MAAF

Apabila pasangan anda yang melakukan kesalahan teah meminta maaf, anda yang dimarahi juga harus meminta maaf kerana secara tidak sedar anda mungkin telah membuatkan hati si dia terguris. Berkemungkinan menepis tangan mereka, muka yang masam, suara menengking atau sebagainya, kerana ia boleh meredakan kemarahan.



MAAF MAMPU MENYELAMATKAN HUBUNGAN.

Di dalam perhubungan terutama sekali alam perkahwinan, suami isteri mudah terasa hati dan tersinggung kerana mereka terlalu bergantung antara satu sama lain. Jadi, apabila suami melakukan kesalahan, si isteri pasti hanya bergantung pujukan daripada si suami. Pujuklah antara satu sama lain, dan sama-sama mengungkapkan kata maaf.

Maka, selamatkan lah hubungan dengan kata maaf sebelum terlambat. Sebelum berlakunya kehilangan si dia. Jika tidak sempat meminta maaf, khuatir hidup anda diselebungi dengan rasa menyesal dan meruntun jiwa.

Malah dengan memohon maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen