Beruntungnya Bercinta Dengan Anak Emak Ini, Jom Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang berpendapat apabila bercinta dengan anak emak ini selalunya mereka ini akan suka mengadu pelbagi perkara dengan ibunya. Bukan itu sahaja, mereka ini juga dikatakan akan menyebelahi ibunya lebih berbanding dengan isterinya nanti, betul ke? Sedangkan ramai sahaja wanita yang berkahwin dengan lelaki anak emak ini bahagia. Mana tidanya mereka ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jom ketahuinya.



1. Menghormati wanita.

Ada yang menyatakan “jika hendak melihat bagaimana seorang lelaki menjaga pasangannya maka lihat bagaimana dia menjaga ibunya”. Sudah pasti mereka ini akan menghormati anda seperti mereka menghormati ibunya jika dia seorang anak emak. Ini yang paling wanita mahukan, di mana diri mereka ini dihormati oleh pasangan mereka.

2. Pendengar yang baik.

Mereka ini juga pasti sudah biasa mendengar luahan ibu mereka, jadi ia pasti tiada masalah sekiranya mendengar luahan pasangannya. Bukan itu sahaja, mereka ini juga pandai bertindak balas dengan baik ketika mendengar luahan hati anda serta berbual dengan anda. Baru lah hubungan tersebut lebih bahagia.

3. Lebih setia.

Bukan hanya setia mereka ini psti seorang yang penyayang. Mana tidaknya, mereka ini pasti tidak sanggup melukakan hati pasangan mereka. Sama juga di mana mereka ini juga tidak akan melukakan hati ibu mereka, kerana ibu mereka dan pasangan mereka ini seorang wanita. Pasti dirinya akan setia dengan anda yang satu.


4. Lebih bertanggungjawab.

Lelaki yang anak emak ini biasanya lebih bertanggungjawab. Di mana mereka ini tahu tanggungjawab mereka. Jadi anda tidak perlu risau dan bimbang akan masa depan anda. Mereka ini akan memikul tanggjawab dan amanah untuk menjaga anda dengan baik. Bukan hanya anda tetapi anak-anak anda berdua nanti.

Jadi jangan pertikaikan apabila lelaki anak emak ini mendekati anda. Kenali mereka ini dahulu sebelum anda membuat penilaian peribadi terhadapnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen