Dalam Diam Anda Lakukan 6 Perkara Ini Kerana Bosan Dengan Sikap Si Dia.

Apabila berlakunya perselisihan faham antara anda dan pasangan, pasti secara tidak sedar akan berkelakuan seperti untuk menjauhkan diri daripada si dia. Malah anda berasa bosan untuk melayan karenah si dia, jom lihat perkara apa yang anda lakukan dalam diam…

1. Sentiasa mempunyai alasan apabila diajak bertemu.

Secara tidak sedar, anda merasa pelik kenapa setiap kali mahu berjumpa, pasti anda mempunyai alasan tersendiri. Anda seperti mahu mengelak daripada berjumpa dengan si dia, dan jawapan yang anda sering berikan adalah “Sekejap ya, mana tau ada hal penting dengan kawan atau ibu..”. Anda seperti tidak teruja untuk bertemu dengan si dia.



2. Anda mula tidak bersetuju dengan apa sahaja yang mereka katakan.

Jika sebelum ini anda setuju dengan setiap pendapat si dia. Namun kali ini, semuanya telah berubah kerana ada sahaja peluang untuk anda membuktikan kesilapan mereka. Anda bagaikan sering mahu berdebat dengan si dia, dan mula merasa meluat dengan pendapatnya.

3. Anda bimbang apabila berada disisi si dia.

Apabila berada disisi si dia, hati anda seperti kecewa dengan setiap tindak tanduknya. Dalam diam perasaan bimbang dan gelisah seperti menghantui pemikiran anda kerana risau perbuatan atau percakapan yang bakal mengguriskan hati si dia. Apabila menghubungi mereka melalui telefon juga, anda tidak dapat berbual dengan lebih lama.



4. Mendiamkan diri.

Anda lebih mudah mendiamkan diri daripada mereka, malah semua telekomunikasi dan sosial media juga tidak aktif bersama si dia. Whatsapp pun anda bluetick sahaja.

5. Tidak mampu untuk jujur dengan mereka.

Dan secara anda tidak sedar, anda tidak mampu untuk berkongsi segala cerita dan jujur kepada si dia. Ketika ini lah, anda seperti mahu mencari teman yang lain yang lebih memahami dan boleh berkongsi masalah. Khuatir juga ketika ini, anda sebenarnya punca yang melakukan curang dahulu. Hanya kerana anda bosan dengan si dia, tanpa berfikir panjang, mula mencari pengganti.



6. Sentiasa mencipta masalah.

Apabila anda sudah tidak mampu untuk jujur dengan mereka, anda sering melakukan masalah. Anda secara tidak sengaja mencipta masalah supaya hubungan menjadi goyah dan membuat alasan.

Maka, apabila anda sudah mulai bosan dengan hubungan, komunikasi antara kalian berdua semakin terjejas. Hanya memendamkan perasaan akan membuatkan tiada lagi kepercayaan antara anda berdua. Oleh kerana itu, jika berlaku pergaduhan atau mempunyai sebarang masalah, usah terlalu takut untuk menceritakan kelemahan si dia, supaya si dia tahu bagaimana untuk memperbaiki kelemahan tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen