Tanda-Tanda Anda Dan Pasangan Sudah Bersedia Untuk Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati kerap kali berlaku apabila anda tidak pasti sama ada anda dan dirinya telah bersedia ataupun tidak. Hubungan yang terjalin bertahun-tahun tidak memberi apa-apa makna apabila masing-masing tidak bersedia untuk satu hubungan yang sah. Mari ketahui tanda-tanda anda dan pasangan sudah bersedia untuk bernikah.



1. Perbincangan mengenai masa depan yang lebih rapi.

Anda dan dirinya tidak takut mahupun teragak-agak untuk membuat rancangan mengenai masa depan anda. Di mana anda meletakkan beberapa matlamat dan tujuan dalam hubungan anda. Bukan itu sahaja, kalian inginkan perancangan yang sempurna sebelum menghalalkan hubungan tersebut.

2. Mula menyimpan untuk masa hadapan.

Apabila sudah mempunyai tujuan, adalah perkara biasa mengambil langkah melakukan simpanan. Simpanan kewangan anda dan pasangan bukan lah untuk satu jangka masa yang pendek tetapi jangka masa panjang. Hal ini kerana, kalian ingin memastikan keselesaan hidup bersama selepas mendirikan rumah tangga.

3. Mengambil hati orang tua.

Hubungan yang direstui oleh orang tua dijamin kebahagiaan, maka kalian sedang berusaha keras menggambil hati ibu bapa pasangan masing-masing. Anda ingin kehadiran diri anda mendapat sambutan oleh kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, anda dan pasangan ini menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua-dua keluarga.


4. Berusaha untuk memudahkan segala hal dalam hubungan.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang sukar, namun kadang kala diri sendiri yang membuat pernikahan itu sedikit sukar. Mana tidaknya semua orang mempunyai sebuah perkahwinan yang diimpikan, maka pelbagai perancangan dan kemahuan yang ingin diikuti. Namun, kalian berlainan, anda mula mengetepikan yang menyukarkan tetapi memudahkan segala perancangan.

5. Menjadi pasangan yang matang.

Masing-masing sudah mula menunjukkan kematangan dalam tingkah laku yang diambil. Tiada lagi yang pentingkan diri, tetapi lebih kepada pentingkan hubungan. Kalian juga berlaku matang dalam pergaduhan demi menyelamatkan hubungan kalian. Tiada lagi pergaduhan yang remeh serta perasaan merajuk yang ingin perhatian.

Mencari kesefahaman untuk mendirikan rumah tangga itu bukanlah perkara yang mudah. Di mana masing-masing mempunyai impian yang ingin ditunaikan dahulu, maka perkahwinan dan komitmen ini selalunya tidak diutamakan. Namun apabila kedua-duanya telah bersedia, ia tahu untuk membahagikannya dengan bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen