Ikuti Gaya Bercinta Yang Romantik Ala Drama Korea.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi peminat drama Korea ini pasti tahu bahawa drama mereka ini dipenuhi babak hubungan cinta yang romantik. Bukan itu sahaja, bagaimana mereka bercinta itu pasti akan menarik minat sesiapa yang menonton kerana mampu membuat hati berbunga. Berikut adalah bercinta gaya drama Korea yang anda boleh lakukan bersama pasangan anda.



1. Tidak terlalu overthinking.

Kalau anda hanya menghabiskan banyak masa anda dengan hanya bergaduh kerana terlalu lebih berfikir, anda patut hentikan perkara tersebut. Terlalu memikirkan kekurangan hubungan dan pasangan anda hanya membuat anda tidak dapat menikmati hubungan anda. Anda perlu melakukan banyak aktiviti bersama pasangan anda, cuba kenali dirinya.

2. Sifat empati terhadap pasangan.

Apabila dia bercakap pada anda, perhatikan dia dengan fokus, rasakan emosinya. Jangan lakukan hal lain ketika anda mendengarkan dia. Si dia pasti bengang kalau anda mengabaikannya dengan bermain telefon bibit atau melakukan kegiatan lain. Perhatikan bahasa tubuhnya dan ekspresi wajahnya. Setelah kamu mengenali caranya menghadapi perasaannya, kamu akan tahu harus berbuat apa.

3. Lupakan hubungan masa lalu.

Jangan membandingkan dirinya dengan bekas kekasih anda. Semua orang berbeza, apa yang anda rasa dengan setiap orang pasti berbeza juga. Walaupun apa yang anda miliki dengan bekas kekasih anda lebih bahagia, tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkannya dengan orang lain. Fokus saja ke usaha anda untuk menjalinkan hubungan yang sihat bersama pasangan anda. Itu jauh lebih baik daripada terus menengok ke masa lalu.


4. Buat masa bersama lebih berkualiti.

Luangkan masa berdua lebih banyak. Jika anda membawa orang lain bersama anda ia mungkin akan mengganggu kualiti hubungan anda. Anda jadi membandingkan diri dengan pasangan lain.

Jika anda sudah lakukan empat perkara ini tetapi hubungan anda masih lagi tidak berhasil. Mungkin anda dan dirinya kurang keserasian bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen