Orang Lelaki Jangan Terlalu Ikutkan Kata Teman Wanita, Nanti Anda Yang Rugi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalukan kita dengar orang kata kalau nak teman wanita sayangkan kita, kena lah dengar kata mereka serta sanggup berkorban demi mereka. Tetapi jangan terlalu berkorban apabila dia belum lagi menjadi pasangan yang sah buat anda. Hal ini hanya membuat anda rugi sahaja. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara yang menyebabkan anda tidak patut lakukan itu. Mari ketahui.



1. Kehilangan keyakinan diri.

Apabila anda mula mengikut segala kemahuan darinya, ia akan membuat anda kelihatan begitu patuh sehingga ia menghilangkan keyakinan diri anda. Boleh jadi juga anda akan menjadi seorang yang terlalu bergantung harap pada dirinya. Anda seorang lelaki sepatutnya mampu berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain.

2. Dia akan mula hilang rasa hormat.

Bagi dirinya anda terlalu sayang akannya, sehinggakan dia hilang hormat terhadap anda. Dia akan melakukan apa sahaja yang dia suka manakala anda tidak. Anda harus menurutinya segala apa yang dikatakan. Sebagai pasangan, kalian harus saling menghormati agar tiada yang terluka.

3. Menjalinkan hubung bertepuk sebelah tangan.

Hanya anda sahaja yang beriya dengan hubungan tersebut. Sedangkan dirinya lebih mempergunakan anda. Hubungan sepatutnya mendapat balasan daripada pasangannya tetapi anda tidak. Anda hanya membiarkan dirinya terus mempermainkan diri anda.


4. Lelaki yang lemah.

Anda akan dianggap seorang lelaki yang lemah sekiranya anda lakukan perkara itu. Mana tidaknya, seorang lelaki sepatutnya menjadi seorang ketua bukannya hanya menurut kata teman wanita anda. Bukan hanya wanita sahaja yang memandang rendah terhadap anda, lelaki lain juga akan berbuat demikian.

Kesimpulannya, anda perlu jadi diri anda sendiri dan jika benar dia menyukai anda pasti dia akan menerima siapa anda. Jangan berkorban dan mengikuti segala kata-katanya, ia akan membuat anda menyesal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen