Hubungan Tanpa Hala Tuju? 5 Sebab Pentingnya Tujuan Hubungan Yang Dibina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah anda terfikir hubungan yang berpanjangan tanpa pengakhiran yang bahagia itu hanya membuang masa yang sia-sia sahaja? Jika hubungan kalian mempunyai tujuan pasti masing-masing sedang berusaha untuk mencapai tujuan tersebut. Bukan itu sahaja, tujuan dalam hubungan ini biasanya adalah salah satu sebab untuk seseorang itu terus bertahan. Mari ketahui mengapa tujuan dalam hubungan ini begitu penting.



1. Untuk perkembangan hubungan yang baik.

Satu hubungan dengan tujuan ini biasanya akan ke arah perkembangan yang baik sekiranya matlamat hubungan tersebut semakin tercapai. Mereka ini juga tidak akan menjalinkan hubungan yang sia-sia dan hanya membuang masa dengan orang yang salah.

2. Perkahwinan menjadi tujuan utama.

Anda dan pasangan meletakkan perkahwinan atau pernikahan sebagai tujuan hubungan anda, pasti ia akan membuat anda lebih berusaha dengan lebih kuat untuk pertahankannya. Bukan hanya itu sahaja, anda dan dia akan mula serius terhadap hubungan yang telah anda bina.

3. Agar hubungan tidak mendatar.

Keperluan tujuan dalam hubungan ini tidak kiralah untuk tujuan jangka panjang atau jangkan pendek. Hal ini hanya untuk melihat apa kepentingan kalian dalam masa terdekat dan juga matlamat sebenar yang ingin dicapai.


4. Tujuan hubungan secara teliti.

Jika anda tidak mempunyai tujuan hubungan, cuba untuk berbincang dengan pasangan anda. Pastikan anda mempunyai tujuan yang detail akan hubungan anda. Hal ini kerana, agar anda tidak akan ragu-rahu dan terkejut pada masa akan datang.

5. Jika ada tujuan yang baru kongsi bersama pasangan.

Cuba untuk berkongsi segala tujuan bersama pasangan anda. Mana tahu dia mampu memberikan penambahan idea yang lebih menarik. Bukan itu sahaja, perkongsian ini akan membuat pasangan anda faham apa kemahuan diri anda yang sebenarnya.

Tujuan dalam hubungan ini bukan hanya untuk berkahwin ataupun berbahagia sahaja. Boleh jadi anda mahu membina perniagaan, melancong ataupun kejayaan hidup bersama pasangan. Jangan ingat kahwin aje sebagai tujuan dalam hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen