Umur Sudah Meningkat 30an, Tetapi Masih Belum Bertemu Jodoh? Jom Lakukan Perkara Ini.

Trend sekarang, majoriti masyarakat pasti bersusah hati kerana belum bertemu jodoh walaupun umur belum mencecah 30an. Perkara ini pasti sering berlaku pada kaum wanita kerana merasakan mereka tidak laku. Jika anda masih muda lagi, jangan risau. Tetapi apabila umur 30an ke atas dan belum bertemu jodoh, lakukan perkara ini…

1. Jangan mudah patah semangat jika anda pernah putus cinta atau putus tunang. Berhenti menangis dan meratap seperti tiada hari esok.

2. Orang mudah jatuh hati jika kita bersikap baik. Jadi, perbaiki diri. Bersihkan hati.

3. Kuatkan iman dengan ibadat. Lengkapkan solat lima waktu, rajin puasa sunat, istighfar, mengaji Al-Qur’an dan bersedekah.

4. Jangan sentiasa membuat muka masam dan mudah berasa sentap. Siapa sahaja yang mahu mendekati anda?



5. Pasang niat untuk bertemu jodoh setiap kali keluar rumah.

6. Jika sering menggunakan bahasa kasar, lelaki pun takut nak dekat. Jadi ubahlah komunikasi anda yang lebih positif dan sedap didengar.

7. Berlapang dada. Jangan nilai orang pada pandangan pertama.

8. Sentiasa tampil dengan keadaan sedap mata orang sekeliling memandang. Mana tahu jodoh sedang memandang?



9. Jangan berperangai yang kurang disenangi. Mungkin ada sikap anda yang membuatkan orang rimas dengan anda.

10. Beri kasih sayang untuk mendapatkan kasih sayang.

11. Wanita perlu jual mahal sedikit namun jangan sampai si dia meluat. Orang menghulur salam perkenalan, sambutlah. Namun jangan berlebihan pula.

12. Jangan kedekut untuk menghargai seseorang yang hadir dalam hidup dengan ucapan sekurang-kurangnya terima kasih.



13. Mahu bertemu jodoh tidak boleh kedekut. Seperti membelikan kad ucapan atau memberikan hadiah salam perkenalan.

14. Jangan menilai seseorang melalui zaman silamnya. Tetapi perhatikan siapa dia pada hari ini.

15. Jaga air muka dan aib orang di sekeliling. Maka Allah akan menutup aib kita juga.

16. Belajar berbincang dengan efektif dan matang. Barulah senang hidup berumahtangga nanti.



17. Jika mahukan pasangan seperti ciri-ciri yang anda idamkan, seperti tidak berkata kasar dan mencarut, lihat pada diri anda sendiri masih berkata-kata kasar atau tidak? Mudah, ubah diri dahulu!

18. Jujur lah pada orang sekeliling, jika mahu jodoh anda berlaku jujur juga.

19. Prihatin pada sekeliling anda walaupun dengan hal kecil. Memberi sedekah RM1, membuang sampah yang bertaburan. Insya Allah akan menjemput jodoh yang prihatin.

20. Dan yang paling penting, jangan lupa hormat dan hargai ibu bapa, jika inginkan jodoh menghormati dan menghargai anda sendiri kelak.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen