Adakah Teman Lelaki Panas Baran? Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Panas baran ini kadang kala boleh dikawal sekiranya si dia tahu mengawalnya. Boleh jadi juga, ia hanya akan menjadi baran akan perkara-perkara tertentu sahaja. Namun begitu, anda boleh mengetahuinya adakah teman lelaki anda seorang yang panas baran ataupun tidak.



1. Biarkan dia menunggu.

Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini sewaktu anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta dia mengajar sesuatu.

Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Cemburu atau tidak.

Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh. Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki anda lah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuk lah moral yang baik kepada pasangan.


4. Cara melayani anak kecil.

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya. Jika anda kembali dan lihat mukanya masam mencuka, pasti dia sedang bengang akan anda. Tidak pun, anda kembali dia akan memarahi anda.

Dalam memilih pasangan ini, lelaki paran adalah yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Mana tidaknya bukan hanya mampu melukakan luaran ia juga mampu lukakan dalaman seorang wanita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen