Rugi Kalau Lepaskan Wanita Yang Miliki 7 Perkara Ini- Kongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab-bab pilih calon isteri ini bukan hanya perlu cantik, lemah lembut, dan sedap mata memandang. Banyak lagi yang seorang lelaki boleh lihat pada calon isterinya. Jika anda memiliki calon isteri yang cantik itu adalah bonus tetapi jangan mengejar yang itu, kejar yang akan memberi manfaat kepada anda untuk masa hadapan. Berdasarkan perkongsian Saudara Amir Syahir, jangan lepaskan wanita yang memiliki tujuh perkara ini.

Jangan Lepaskan Perempuan Yang Ada 7 Perkara Ini
************************************************
Edisi: Pengurusan Kewangan

Kau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi kau kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.

Kalau calon isteri kau ada 7 perkara ni, laju-laju kau masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang.

***
Antaranya :

1. Minat Menyimpan Wang.

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, "Tak payahlah lah Biey, rugi je", "Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu". Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa.

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah pun. Asalkan halal dan bersih dan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC. Kalau makan kedai makan murah-murah je terus muncung mulut, sampai boleh sangkut penyakut baju.

3. Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan.

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

4. Tak Minta Hadiah Mahal.

Setiap kali hari jadi dia tak ada nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, Iphone, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja.

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak ada nak buat “Wedding Of The Year” bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.



6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin.

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin. Ni tak, setiap tahun ajak travel. Sampai kau terpaksa meminjam sana sini.

7. Gaji Kau Sikit.

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Tak ada nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab. Kau jenis caring dan pandai jaga hati dia, dia okay ke kau kerja apa pun.

***
Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau tak ada ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kalau kau duduk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!

SHARE l TAG Pasangan / Makwe Kau Yang Power Menguruskan Kewangan.
[ASY]

Ha, tunggu apa lagi, carilah wanita yang memiliki tujuh perkara ini. Ia pasti akan menjamin masa hadapan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen