5 Situasi Saat Jatuh Cinta Buat Kali Pertama, Anda Yang Mana?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta, tidak kiralah di mana dan bagaimana keadaan sekali pun. Tidak ada sesiapa pun boleh menghalang bagaimana ia berlaku. Dan yang paling penting anda sendiri yang tidak boleh kawal dengan siapa anda akan jatuh cinta. Berikut adalah beberapa situasi yang menyebabkan lahirnya perasaan cinta di hati anda. Mari ketahuinya.



1. Telah lama berkenalan.

Menjadikan dirinya sebagai rakan seolah-olah tidak mencukupi bagi anda apabila dirinya mempunyai pelbagai sifat yang mempesonakan. Apabila terlalu kerap meluangkan masa bersama, perasaan cinta itu lahir tanpa anda sedarinya. Walaupun begitu, anda masih takut sekiranya perasaan anda itu tidak diterima oleh dirinya, maka anda lebih memilih untuk menjadi rakan yang
baik untuk dirinya sahaja.

2. Saling membenci pada mulanya.

Siapa sangka dari perasaan benci ini, boleh lahirnya perasaan sayang. Anda jatuh cinta pandang pertama dengan seseorang yang pernah anda benci itu adalah satu perkara yang luar biasa. Tetapi siapa boleh menjangkakannya.

3. Dijodohkan.

Baik dijodohkan dengan rakan atau keluarga, percayalah bahawa kalau rasa cinta itu akan timbul dengan sendirinya. Jadi, jangan terus menolak kalau ada yang mahu jodohkan anda. Apalagi kalau anda memang merasa kesulitan untuk mencari pasangan sendiri.


4. Mempunyai minat yang sama.

Ini mungkin berlaku secara tidak sengaja, boleh jadi anda berjumpanya di persatuan-persatuan yang anda sering kali pergi. Mempunyai minat yang sama seperti bermain muzik, mendaki gunung, permainan video game dan lain-lain lagi. Anda sering kali akan terjumpa dengannya dipertemuan tersebut.

5. Rakan setugas.

Kerap bersama ketika bertugas menyebabkan perasaan itu hadir tanpa diduga. Biasanya ia hadir kerana anda terlalu selesa dengan dirinya. Bukan itu sahaja anda juga pasti sentiasa berkongsi masalah bersama. Itu yang boleh jatuh cinta itu.

Tapi ini tidak semestinya boleh berlaku pada cinta pertama anda. Ia boleh berlaku pada jodoh anda juga. Jangan risau ye!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen