Antara Sebab Mengapa Si Dia Secara Tiba-Tiba Berubah Hati Ketika ‘Dating’.

Jika anda pernah mengalami di mana ketika anda bertemu janji dengan seseorang, anda sedang bahagia berbual dan melakukan apa jua aktiviti tetapi secara tiba-tiba si dia bermasam muka. Lebih memalukan jika si dia tiba-tiba sahaja pergi ke tempat lain dan meninggalkan anda.

Jom ketahui punca-punca yang menyebabkan mereka berubah hati…

1. Anda memaksa mereka melakukan perkara yang tidak diingini.

Perkara ini sering sahaja berlaku, kerana anda tidak mengenali mereka dengan lebih rapat. Anda tidak pernah adakan sesi soal jawab, perkara yang si dia suka atau tidak suka. Apa yang anda gemar lakukan adalah buat sahaja semua perkara secara spontan. Jika mereka tidak suka menggunakan chopstick ketika makan, jadi jangan lah memaksa mereka.

2. Kata-kata seperti “Eh, kenapa pakai baju ni?”.

Si dia akan merasakan bahawa pakaian tersebut tidak sesuai dengan diri mereka. dan apabila mereka mahu bertukar pakaian, anda memberi alasan bahawa masa telah suntuk, nanti tidak sempat untuk menonton wayang. Perkara ini pasti akan mengubah mood mereka.



3. Anda merancang kehidupan masa depan yang terlalu awal.

Apabila anda dan si dia berkenalan dalam waktu yang singkat dan boleh dikatakan terlalu awal untuk merancang perkahwinan, anda secara tiba-tiba menunjukkan gambar perkahwinan, anak-anak selebriti, baju kahwin yang diidamkan dan ciri-ciri lelaki yang mampu menjadi bakal imam. Sudah pasti si dia akan terkejut dengan perancangan tersebut.

4. Obses menceritakan tentang bekas kekasih.

Tidak dinafikan tiada siapa sahaja yang gemar apabila pasangan mereka menceritakan perihal bekas kekasih. Segalanya tentang kekasih mahu dikongsi, seperti tiada isu lain yang mahu dibualkan. Jika anda masih mengingati bekas kekasih, kenapa anda tidak menghubungi terus bekas kekasih tersebut? Pasti si dia mengandaikan bahawa anda masih tidak boleh ‘move on’.



5. Perbualan yang sensitif.

Terutamanya pada wanita, mereka tidak suka apabila seorang lelaki menyuruhnya menurunkan berat badan secara tiba-tiba. “Eh, awak ada terfikir tak nak kurangkan berat badan?”, “Awak selesa ke dengan badan macam ni?”. Bagi kaum wanita, perbualan sensitif ini, akan membuatkan mereka berubah mood.

6. Nafas yang berbau.

Pasti kita sendiri tidak sedar jika nafas sendiri berbau bukan? Jadi, sebelum bertemu janji pastikan mulut dan nafas anda tidak berbau, dan elakkan makanan yang akan menyebabkan mulut berbau dan si dia tidak selesa dengan bau tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen