Tujuan Sebenar Pernikahan Menurut Islam.

Apakah tujuan sebenar suatu pernikahan menurut syariat Islam, jom baca…

1. Untuk memenuhi tuntutan naluri manusia.

Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk bernikah, kerana nikah adalah fitrah manusia. Jika naluri itu tidak dipenuhi pada jalan yang diredhai iaitu pernikahan, khuatir ia akan menejerumuskan seseorang ke lembah maksiat seperti berzina.



2. Sebagai mempertahankan akhlak manusia.

Riwayat Al-Bukhari Al-Muslim, Rasulullah SAW bersabda;

“Wahai para pemuda! Barang siapa diantara kamu berkemampuan untuk bernikah, maka nikahlah kerana nikah itu lebih kepada menundukkan pandangan dan pertahankan kemaluan. Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah daripada kamu berpuasa kerana ia dapat mempertahankan diri”

Sesungguhnya dengan bernikah dapat menghindarkan seseorang daripada perbuatan keji dan kotor.

3. Untuk menegakkan rumah tangga dengan mengikut syariat islam.

Oleh kerana itu pentingnya memilih seseorang calon yang tepat mengikut 4 aspek iaitu, kecantikan, keturunan, harta yang berlandaskan keutamaan agama islam agar terbinanya keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.



4. Meningkatkan Ibadah kepada Allah Allah SWT.

Oleh itu pentingnya niat bernikah kerana Ilahi. Rumah tangga adalah satu ibadah serta beramal soleh. Jadi, ia bakal meningkatkan ibadah kita pada Allah SWT, malahan ia juga adalah sunnah Nabi SAW.

5. Memperoleh keturunan.

Allah SWT berfirman;

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?”(Al-Nahl: 72)



Menurut islam juga, pentingnya kita untuk mencari pasangan dengan kriteria:

KAFA’AH

Kafa’ah merupakan kata nama lain untuk setaraf, sekufu, dan sepadan. Ukuran kafa’ah ini menurut islam adalah kualiti iman dan takwa serta akhlak yang dimiliki oleh seseorang. Namun pada zaman sekarang, orang ramai mengukur melalui status, sosial serta keturunan.

SOLEH DAN SOLEHAH.

Untuk membina rumah tangga yang sakinah, mawadah, dan warahmah seseorang perlu mencari pasangan yang soleh dan solehah.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen