Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Kata-Kata Manis Daripada Seorang Lelaki.

Seorang wanita memang mudah mempercayai kata-kata manis daripada seorang lelaki, kerana hati wanita ini lemah dan egonya lebih rendah berbanding lelaki. Dengan kata mudah, wanita ini walaupun hati dan perasaannya pernah terluka, jika adanya seorang lelaki yang pandai mengambil hati mereka, pasti mereka akan cair serta merta.

Namun, lelaki yang gemar berkata-kata manis dan menabur janji hanya kerana ingin menyedapkan hati seseorang dan untuk menegaskan keinginan mereka sendiri. Kata-kata manis memang mudah diungkap kerana lidah yang tidak bertulang. Ringan sahaja lidah untuk berkata-kata apa sahaja yang diingini supaya manusia mudah terpedaya.



Memang lumrah setiap lelaki mampu berkata-kata manis dan bersungguh-sungguh menabur janji kerana mereka adalah lelaki. Persepsi lelaki memang begitu. Jika ia sudah tertanam dengan persepsi tersebut sebegitu lama, pasti sukar untuk diubah. Malah secara sedar atau tidak, mereka sebenarnya telah mempermainkan hati dan perasaan wanita.

Jadi anda sebagai kaum wanita harus…

BIJAK MEMBUAT PENILAIAN.

Wanita perlu bijak menilai sekiranya si lelaki mula berkata-kata manis. Adakah ia sekadar bercakap kosong atau dengan tindakan yang ikhlas? Namun, setiap perilaku yang ikhlas pasti tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Oleh yang sedemikian, anda harus perhatikan setiap perbuatan disamping sahabat atau ahli keluarga anda sendiri.



Maka, dengan pemerhatian orang ramai, pasti tahu si dia benar-benar serius atau main-main. Tetapi lelaki yang tidak serius, kebiasaannya takut untuk menipu jika dikhalayak orang ramai. Mereka sedaya upaya menjauhkan diri daripada orang ramai, dan hanya membuat strategi ketika berdua-duaan dengan anda sahaja. Jadi, hati-hati.

JANGAN MUDAH PERCAYA.

Selagi anda tidak berjumpa dengan si dia, tidak memeriksa latar belakang terutama tentang ahli keluarga dan sahabat, jangan lah mudah terpedaya dengan kata-katanya. Apa yang ditunjuk di sosial media berkemungkinan ianya hanyalah palsu semata-mata terutama pada zaman sekarang. Teknologi mampu menipu mata kita sendiri.



Lebih molek bersua muka untuk mengetahui kebenaran. Dan yang paling utama adalah, jangan sesekali meminjam duit untuk pertama kali pada lelaki walaupun anda merasakan ia alasan yang munasabah. Kerana kita tidak dapat mengetahui hati manusia.

Namun, sebagai seorang wanita seharusnya anda memiliki naluri hati yang kuat sebenarnya. Anda sendiri dapat tahu jika si dia benar-benar serius atau mahu menipu. Ini kerana hanya kaum wanita sahaja yang dapat peka dengan keadaan sekeliling mereka termasuk hati dan perasaan manusia. Kadang-kala kaum wanita tidak dapat membezakan atau menilai kerana mudah terpengaruh dan terpedaya.



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen