3 Perkara Ini Menyebabkan Anda Gagal Menjadi Teman Wanita Yang Baik.

Dalam perhubungan, setiap insan pasti mahu melakukan yang terbaik untuk pasangan. Apabila di awal perkenalan sudah banyak perkara yang mengundang ke arah perpisahan, peluang untuk bersama pasti bakal tipis. Malah untuk menghabiskan masa bersama sehingga ke jinjang pelamin juga bakal kecundang.



Jika anda mempunyai teman lelaki yang mempunyai ciri-ciri bakal suami yang anda mahu, maka jangan lah persiakan mereka. Jom ketahui perkara-perkara yang anda harus elakkan supaya tidak gagal menjadi teman wanita mereka…

1. Sentiasa menggoda mereka.

Isu yang semakin besar dan sukar dibendung adalah sebagai seorang wanita yang baik, anda perlu tahu rahsia lelaki pantang digoda. Anda tahu lelaki tertarik pada kecantikan wanita, malah tubuh yang menggiurkan sehingga mereka hilang pertimbangan. Jadi, jika ayah sendiri tidak mampu menegur anda untuk menutup aurat, teman lelaki yang masih belum ada ikatan pasti keliru. Kata-kata ayah tidak mahu diturut, inikan pula dia yang masih belum menjadi suami.

Pada mereka yang bercinta sebelum berkahwin, kadang-kala jangan mencabar nafsu seorang lelaki. Jika anda sendiri tidak pandai menjaga diri dan secara tidak sedar menggoda mereka dengan berpakaian ketat. Lama-kelamaan lelaki akan mengandaikan, anda sebenarnya perempuan murah yang suka menggoda lelaki sahaja.



2. Sentiasa mempersulitkan keadaan mereka dengan perkara remeh.

Kaum wanita memang tidak lari daripada suka menguji teman lelaki mereka. Kadang-kala cara mereka menguji tidak masuk akal, tetapi teman lelaki masih menerima kerana masih sayang. Situasi begini menunjukkan anda sebenarnya teman wanita yang masih tidak matang kerana…

Kehabisan quota internet sehingga tidak dapat whatsapp call pada pukul 12 malam, dan memaksa mereka untuk topup pada saat itu juga. Sekiranya tidak dilakukan, anda mahu merajuk.



3. Drama queen.

Anda sangkakan hidup ini seperti dalam drama melayu. Anda terlalu terpengaruh dengan drama sehinggakan terikut-ikut dengan gaya hidup mereka, dan memastikan teman lelaki juga mempunyai sikap seperti dalam drama tersebut. Malah, anda terlalu memerlukan perhatian daripada si dia sehingga menyusahkan hidup mereka.

Jika anda merajuk, anda mahu teman lelaki anda membuat kejutan seperti di dalam drama yang romantik. Anda terlalu mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan langsung hati dan perasaan si dia apabila melakukan perkara-perkara yang dia tidak ingini.

Jika anda sudah ketemui lelaki idaman anda, jangan pula anda sendiri yang merosakkan hubungan tersebut, mungkin kerana hanya niat untuk menguji. Kadang-kala wanita tidak sedar akan tindakan mereka, hanya kerana terlalu mengikut emosi.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen