5 Konflik Kerap Berlaku Dalam Hubungan Cinta Yang Tidak Stabil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiada hubungan yang boleh lari dari drama mahupun konflik terutama bagi anda yang menjalinkan hubungan yang tidak stabil. Untuk mengelakkan konflik berlaku ini, anda dan pasangan anda seharusnya mahir dalam menggunakan komunikasi, komitmen dan kompromi yang baik. Sekiranya anda gagal melakukan tiga perkara ini, pasti anda akan mengalami konflik dalam hubungan anda. Mari ketahui konflik yang berlaku dalam hubungan anda.



1. Main tarik tali.

Anda dan pasangan tidak ada kata-kata yang jelas untuk menggambarkan hubungan anda mahupun perbuatan anda. Masing-masing bagaikan mahu mengaku dan tidak mahu. Hal ini kerana masing-masing lebih memikirkan diri sendiri berbanding memikirkan tujuan hubungan tersebut terjalin.

2. Status hubungan yang tergantung.

Jika anda masih mahukan dirinya, anda seharusnya berterus terang. Jika anda sudah tidak mahukan dirinya lebih baik anda berpisah sahaja. Jangan membuat si dia tertunggu dan masih berharap akan anda. Lebih baik anda selesaikan secepat mungkin. Barulah anda boleh mencari yang sesuai dengan anda.

3. Mempunyai niat untuk memiliki lebih dari seorang kekasih.

Hubungan ini melibatkan perasaan, jadi jangan pernah melukakan hati orang lain kerana perbuatan yang sememangnya melukakan. Jika anda berlaku curang terhadapnya hanya kerana masalah hubungan anda dan dirinya hadapi, itu bukanlah satu alasan yang baik. Anda sepatutnya menyelesaikan masalah anda bukan menambah masalah tersebut.


4. Emosi mudah tidak terkawal apabila bergaduh.

Cuba kawal emosi anda apabila bergaduh dengannya. Jika anda menggunakan emosi secara berlebihan ia hanya memburukkan lagi keadaan. Jadi cuba bertindak secara tenang dan pastikan segalanya dalam keadaan terkawal. Sekiranya tidak mampu, cari jalan penyelesaian yang seeloknya iaitu berpisah.

5. Terlalu cemburu.

Cemburu itu perlu dalam hubungan ini, tetapi jika ia berlebihan ia hanya memberikan kesan buruk pada hubungan anda. Terutama sekiranya hubungan anda masih lagi terumbang ambing, lagi lah ia mengeruhkan keadaan. Cemburu yang sedikit itu sudah memadai dan cukup menandakan bahawa anda sayang akan dirinya.

Jangan pernah lari daripada konflik yang berlaku dalam hubungan anda. Cuba untuk selesaikan masalah tersebut dengan seelokknya tanpa melukakan diri anda dan dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen