Punca Berpisah Mungkin Bukan Kerana Tidak Serasi Tetapi Anda Alami 5 Masalah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerap kali kita beranggapan bahawa punca utama perpisahan itu adalah kerana kita dan pasangan tidak mempunyai keserasaian yang cukup untuk bersama. Namun, tanpa disedari perpisahan itu berlaku adalah berpunca akan diri sendiri. Adalah sangat penting untuk anda pelajari kesilapan anda berdasarkan hubungan lalu, agar ia tidak terjadi lagi. Berikut adalah punca perpisahan selain tidak serasi.



1. Berharap pasangan dapat memahami tanpa komunikasi.

Pasangan anda bukan seorang ahli silap mata yang mampu membaca pemikiran anda. Maka dengan itu jangan berharap pasangan anda mudah untuk memahami apa yang anda mahukan. Gunakan komunikasi yang baik untuk membuat pasangan anda memahami anda dengan lebih mudah. Jangan terlalu mementingkan diri.

2. Jarang memberi pujian.

Baik lelaki mahupun wanita mereka pasti mahu mendapat pujian daripada orang yang mereka sayangi. Bukan itu sahaja, pujian ini juga umpama galakkan daripada seorang pasangan kepada kekasihnya. Maka dengan itu rajin-rajinlah memberi kata-kata pujian yang menyenangkan hati pasangan.

3. Tidak kisah akan hal peribadi pasangan.

Setiap orang pasti mempunyai masalah mereka, dan mereka pasti mahukan pendengar yang baik untuk dengar segala masalah mereka. Bukan untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi ia amat memadai sekiranya dengar dan beri pendapat yang meringankan beban yang mereka rasai.


4. Terlalu clingy.

Mungkin anda terlalu mengada-ngada sehingga pasangan anda sendiri tidak tahan dengan perangai anda. Mengada-ngada dan bermanja itu tidak salah. Tetapi jangan berlebihan. Hal ini kerana, ia akan membuat pasangan berasa rimas bukannya semakin sayang terhadap anda.

5. Cuba mengawal segalanya.

Jangan cuba untuk menjadi bos dalam hubungan anda. Jangan cuba mengawal dan mengarah sesuka hati anda. Perbuatan itu hanya akan membuatkan pasangan anda rasa tidak dihargai malah, ia merasakan anda tidak sesuai dengan dirinya. Hubungan sepatutnya bukan dikawal tetapi lebih kepada dikongsi.

Jangan salahkan pasangan apabila dirinya mahukan perpisahan daripada kita. Tetapi cuba lihat balik kesilapan apa yang telah kita lakukan. Belajar untuk menerima kesilapan kita dan perbaikinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen