Antara Cabaran Dan Risiko Anda Perlu Hadapi Ketika Bercinta.

Jangan lah sentiasa ingat bahawa alam percintaan itu yang berlaku semuanya indah belaka. Jika anda sentiasa memerhati percintaan rakan-rakan di sosial media kelihatan sweet dan indah, percayalah siapa sahaja mahu mempertontonkan keburukan pasangan di sosial media, pasti semuanya adegan bahagia.



Bukan untuk menakutkan semua pasangan yang ingin bercinta dan bahagia, tetapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan realiti. Jom ketahui antara cabaran dan risiko tersebut…

1. Perasaan Cemburu.

Cemburu adalah sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia. Secara lahiriah, perasaan cemburu itu adalah normal bagi setiap manusia, cuma apa yang membezakannya adalah cara kita mengawal perasaan tersebut. Cemburu pada rakan-rakan si dia malah yang paling teruk cemburu pada ibu si dia, jika teman lelaki anda ‘anak emak’.



2. Perasaan jemu.

Apabila telah menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama sehingga bertahun-tahun sudah tentu perasaan jemu itu akan muncul, dan anda mulai bosan dengan sikap si dia. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini, berkomunikasi secara matang.

3. Perbezaan usia.

Khas untuk mereka yang bercinta berlainan usia, malah jarak di antara kalian berdua sangat berbeza. Perkara ini menjadi normal jika salah seorang tidak matang dan tidak tahu untuk menguruskan masalah dan konflik. Elakkan daripada meletakkan kesalahan secara total pada pasangan, belajar untuk bertoleransi.



4. Ragam bakal ibu mentua.

Apabila sudah berkenalan dengan keluarga si dia, pasti anda sudah mengenali dengan ibu si dia bukan? Jarang kita mahu mendengar masalah lelaki dengan bapa mentua mereka, tetapi ia sering terjadi pada wanita dengan ibu mentua mereka. Malah ada juga ibu yang sering memperkecilkan pekerjaan si lelaki.

5. Tidak setaraf.

Halangan yang paling utama adalah apabila si lelaki bergaji kecil, manakala si wanita bergaji besar dan hidup dengan senang. Jurang ini yang sering menjadi persoalan pada ibu bapa, adakah si lelaki sanggup dan boleh menjaga anak perempuannya? Jadi pada lelaki, buktikan pada mereka yang anda serba boleh!



6. Keserasian.

Serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak semestinya jika anda pendiam, anda perlukan pasangan yang peramah. Jika tidak dapat melahirkan keserasian, ia pasti tidak akan menjadi. Kerana itu anda dan pasangan perlu saling berkenalan, bukan untuk ditinggalkan.

7. Komunikasi.

Komunikasi adalah salah satu aspek yang penting dalam perhubungan kerana ia untuk mengelakkan kecelaruan, kesedihan, kemarahan, pasangan merajuk atau monyok, pergaduhan dan sebagainya. Jika tiada komunikasi dua hala antara anda berdua, pasti hubungan menjadi hambar dan berantakan. Komunikasi perlulah dilakukan dengan cara rasional.



 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen