Bernikah Dahulu, Bercinta Kemudian. Jom Ketahui Tips Bernikah Tanpa Bercinta.

Kebiasaannya perkara sebegini terjadi apabila dipaksa oleh keluarga untuk bernikah kerana terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk mencari jodoh, malah usia juga yang semakin meningkat dengan tiada kehadiran cucu di dalam keluarga. Sebagai manusia jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga tidak mahu menyambung warisan keluarga.

Jom ketahui cara untuk bercinta setelah bernikah…

1. Hati perlu ikhlas.

Kebahagiaan untuk membina mahligai perkahwinan bukan hanya bersandarkan pada cinta semata-mata. Jika hati anda ikhlas dan bersyukur berlandaskan pada Ilahi, Insya Allah hubungan yang terbina pasti akan terbitkan perasaan cinta dan kasih sayang. Perasaan cinta itu boleh disemai jika kena dengan caranya.



2. Sentiasa berkenalan dengan pasangan.

Bukan sahaja pada awal perkenalan anda perlu mengenali pasangan dengan lebih rapat, malah apabila telah bernikah juga sudah satu kewajipan anda perlu mengenali mereka dengan sewajarnya. Perkara ini pasti akan membuatkan anda berasa nyaman dan bahagia kerana hubungan yang telah halal. Jika pasangan menjalankan tugas dengan baik, lambat laun cinta akan tumbuh dan bersemi.

3. Bersabar dan jangan mengeluh.

Sabar adalah sebahagian daripada iman. Iman yang lemah pasti jarang meminta tolong daripada Ilahi. Jadi, beringatlah Allah tidak akan memberikan ujian diluar batasan umatnya. Jalani pernikahan dengan segenap hati dan berusaha lah untuk memenuhi tanggung jawab dengan redha.



4. Sentiasa meluangkan masa bersama.

“Tak kenal, maka tak cinta”

Begitu lah perumpamaan yang sering kita dengar, jadi cara untuk sentiasa berkenalan dengan pasangan adalah dengan meluangkan masa bersama-sama tanpa rasa jemu. Hubungan yang telah Halal lah dimana anda wajib menunjukkan skill mengorat pada pasangan. Ketika ini lah cinta itu akan bersemi.



5. Selesaikan konflik dengan baik.

Setiap hubungan pasti akan berlakunya perbalahan antara pasangan, ini kerana untuk menunjukkan personaliti sebenar si dia yang mana kita mampu untuk uruskannya atau tidak. Ia juga untuk mengeratkan hubungan kalian dan lebih mengenali pasangan. Jadi, selesaikan konflik dengan cara yang matang.

Maka, jika kita memandang pernikahan sebagai ibadah dan sunnah Nabi, pasti ia akan melahirkan keimanan dan ketakwaan yang tinggi pada Allah SWT. Dan jika kita bernikah tanpa cinta, maka tanam lah benih-benih cinta tersebut, dan semai pada jalan yang diredhai oleh Allah SWT.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen