5 Cara Menjawap Dengan Sopan Apabila Di Tanya 'Bila Mahu Kahwin?'.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak perlu marah apabila ditanya soal jodoh ini. Hal ini kerana, mereka yang bertanya ini mungkin berkenan terhadap kelakuan anda. Mungkin juga mereka ini ingin kenalkan anak mereka kepada anda. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap mereka yang bertanya mengenai soalan seperti ini. Cuba berfikir secara positif, mana tahu ia membantu anda mendapatkan jodoh. Berikut adalah 5 cara menjawab soalan “bila nak kahwin?”.



1. Senyum sahaja.

Tidak perlu kata apa-apa yang menyakitkan hati kedua-dua belah pihak. Adalah lebih baik anda hanya memberi senyuman kepadanya sahaja. Dengan senyuman itu biarkan dirinya menjawap teka teki itu sendiri.

2. Masih belajar ataupun tidak ada kerja tetap.

Jangan terlalu risau akan soalan ini, cakap sahaja bahawa anda masih lagi tidak melihat masa depan anda yang jelas. Hal ini kerana anda masih lagi ingin menghabiskan pelajaran anda serta ingin dapatkan kerja yang baik untuk masa depan nanti.

3. Minggu depan, tahun depan.

Jika anda sudah berpunya tetapi masih belum lagi sampai waktu untuk berkahwin, katakan sahaja yang anda akan berkahwin pada minggu depan. Jika di tanya tarikh yang lebih tepat, katakan sahaja tarikh yang anda mahukan dan berdoa dalam hati semoga ia tercapai satu hari nanti.


4. Cari penaja.

Kerana perkahwinan memerlukan belanja yang banyak, maka cakap sahaja anda masih lagi mencari seseorang yang sanggup menjadi penaja perkahwinan anda. Mungkin jika ada yang mendengar ia akan membantu menjadi penaja perkahwinan anda.

5. Minta didoakan.

Ini adalah jawapan yang paling sopan sekali, apabila anda tidak tahu untuk berikan jawapan yang terbaik. Minta sahaja pihak yang bertanya itu mendoakan jodoh anda agar ia dipermudahkan dan segera datang kepada anda.

Jangan terlalu ambil hati dengan mereka yang bertanya soalan itu kepada anda. Kadang kala mereka ini cuma ambil berat dan ingin berbual dengan anda sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen