Cara Untuk Mengenal Pasti Si Dia Panas Baran. Adakah Patut Berpisah Atau Mengekalkan Hubungan?

Bukan sahaja lelaki yang memiliki sikap panas baran, wanita juga tidak terkecuali memiliki sikap tersebut. Jika dahulu kita lihat seorang wanita itu mempunyai karektor yang lembut dan sopan santun seperti perempuan melayu terakhir, tetapi kini segalanya telah berubah mengikut peredaran masa.



Apabila mempunyai pasangan yang panas baran, tidak lah harus kita terus meninggalkan mereka, kerana panas baran adalah sikap negatif yang boleh diubah. Jadi, cara untuk mengenal mereka adalah…

1. Biarkan si dia menunggu.

Si dia yang panas baran akan melempiaskan amarah mereka seperti berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter si dia, pasti dia seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Malah si dia akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati.



2. Minta si dia mengajar sesuatu.

Untuk mengenal si dia dengan lebih rapat dan untuk mengetahui kesabarannya, minta si dia mengajarkan anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding.

Mereka yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi yang panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat caranya melayan anak kecil.

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.



4. Lihat tahap cemburu di sia.

Seorang yang panas baran kebiasaannya akan memiliki rasa cemburu yang melampau. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh. Jadi, fikir dahulu sebelum membuat pilihan jika anda sejenis yang tidak tahan dengan pasangan yang panas baran.

CARA MENGATASI PANAS BARAN SI DIA

Jangan Melawan ketika si dia sedang marah. Dengar sahaja dahulu setiap kata-kata mereka.

Cuba mencari kelemahan si dia yang mampu melembutkan hatinya. Dan jangan menangis ketika mereka sedang marah kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.



Api lawannya air. Jika si dia meninggikan suara, lebih baik anda berdiam diri atau bercakap dalam nada suara yang lembut.

Berani tegakkan kebenaran jika perkara yang si dia marahkan bukan kesalahan anda. Jangan menengking tetapi cuba untuk menjadi tegas dengan kenyataan anda yang benar.

Jika si dia mengangkat tangan atau cuba untuk memukul anda. Elak! Jangan pula provoke mereka dan duduk lebih dekat seperti “Haaa…pukul lah kalau berani”. JANGAN!

Jika si dia masih boleh bertoleransi dengan anda untuk memperbaiki sikap panas barannya, maka bertuah lah si dia kerana memiliki pasangan yang sentiasa sabar dengan kerenahnya.



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen