Tips Mencari Cincin Untuk Si Dia.

Sebelum ingin melamar si dia, sudah tentu anda ingin mencari cincin yang bersesuaian dengan si dia bukan? Anda perlulah mempunyai bajet tersendiri untuk membeli cincin sama ada untuk merisik, bertunang atau bernikah.

Jom ketahui antara tips-tips yang anda boleh ikuti…

1. Kesesuaian cincin dengan fizikal.

Anda perlu tahu cincin emas ada pelbagai jenis. Jadi, minta nasihat daripada ibu atau kakak anda, atau orang kedai itu sahaja jika jari teman wanita anda runcing, lebar, besar atau kurus. Jika main pilih sahaja, khuatir tidak sesuai dengan saiz jari mereka.



2. Kenalpasti bahan buatan.

Terdapat pelbagai pilihan untuk bahan buatan cincin kahwin tersebut. Samada  emas kuning, emas putih, perak, ataupun platinum. Platinum merupakan bahan buatan  yang termahal, namun ia paling tahan lama berbanding yang lain. Kebanyakan pasangan sekarang lebih memilih emas putih kerana ia tidak terlalu berbeza dengan cincin biasa dan harganya pula tidak semahal platinum.

Namun, sebaik-baiknya pihak lelaki belikan cincin kahwin untuk pasangan anda daripada emas kuning. Daripada segi harga, emas kuning adalah lebih murah dan stabil berbanding emas putih. Emas kuning boleh dijual semula pada harga yang lebih baik dan tinggi berbanding emas putih. Malah setelah beberapa lama pemakaian, emas putih cenderung berubah menjadi kuning.



3. Kesesuaian cincin dengan pekerjaan.

Perkara ini amat penting untuk dititik beratkan kerana pasangan perlu memakai dengan keadaan yang selesa. Malah tidak bakal menganggu tugas-tugas seharian dan pekerjaan mereka. Cincin yang terlalu besar mungkin tidak sesuai jika kerja-kerja seharian banyak menggunakan jari-jemari.

4. Batu permata cincin kahwin.

Batu permata memainkan peranan yang penting dalam menaikkan seri cincin. Pilihan yang mewah sudah semestinya dari jenis berlian. Namun, dengan harganya yang mahal, mungkin akan menyebabkan bajet persiapan majlis perkahwinan anda terganggu. Oleh itu,tanyalah pasangan anda terlebih dahulu sebelum memilih cincin untuk si dia kerana bukan semua orang sukakan cincin bertatah batu permata.



6. Alergi kepada bahan buatan.

Sesetengah orang mungkin alergi atau alahan kepada emas kuning yang merupakan emas tulen. Alternatif yang ada adalah emas putih yang sebenarnya adalah campuran emas dengan nikel atau palladium.

Periksa dahulu samada pasangan anda mempunyai alahan pada emas ataupun tidak. Bimbang pula nanti cincin yang diberi akan menyebabkan kemerahan dan kegatalan kepada jari pasangan anda. Rugi saja membelinya jika tidak dapat memakai.



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen