5 Sebab Wanita Sudah Berkahwin Akan Mula Beransur Tidak Berdikari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita yang pandai berdikari merupakan calon idaman setiap lelaki. Mereka ini kelihatan begitu matang dan cekal jika berhadapan sesuatu situasi yang bermasalah. Dari situ wanita ini akan kelihatan lebih anggun dan menarik perhatian lelaki serta calon yang sesuai untuk dibuat isteri. Akan tetapi jika sebelum berkahwin seseorang wanita itu mungkin pandai berdikari, matang dan cekal namun tidak mustahil jika selepas berkahwin seorang wanita itu boleh berubah kepada kurang berdikari. Perubahan itu berlaku disebabkan beberapa faktor yang mendorong.



1. Berada di zon selesa.

Selepas berkahwin kehidupan seorang wanita sudah pasti banyak yang berubah. Jika dahulu mereka ini tidak ada pelindung tetapi selepas berkahwin sudah tentu suami menjadi pelindung utama. Oleh itu, mereka ini akan berasa selesa dengan kehidupan baru dan sentiasa akan mengharapkan suami mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah.

2. Lebih inginkan perhatian.

Dalam alam perkahwinan tidak seronok lah jika hanya sebelah pihak sahaja yang sering memberi perhatian manakala pihak satu lagi tidak. Dengan meminta bantuan dan pertolongan daripada suami walaupun perkara itu remah, si isteri sudah pasti akan rasa diberi perhatian.

3. Ingin berkongsi tanggungjawab.

Tanggungjawab dalam alam perkahwinan ini perlulah saling dikongsi bersama agar tidak ada rasa tidak adil dan berat sebelah. Sebagai contoh, jika seorang isteri sedang hamil dan perlu melakukan pemeriksaan bulanan, seharusnya bukan isteri sahaja yang perlu ke klinik tetapi suami juga bertanggungjawab menemani isteri.


4. Tingkah laku terhad.

Sebagai seorang isteri, segala tingkah laku dan perbuatan perlulah mendapat keizinan suami. Maka dengan itu, si isteri lebih suka jika suami menjadi peneman utama jika mereka ini sedang menghadapi situasi yang menyedihkan.

5. Hanya ingin fokus kepada keluarga.

Segelintir mentaliti masyarakat yang merasakan apabila sudah bersuami atau berkeluarga, maka segala tanggungjawab dari segi ekonomi atau masalah keluarga lebih tertumpu di bahu suami dan bukannya isteri. Hal ini menyebabkan wanita yang berkahwin lebih mudah mengharapkan suami.

Sebagai seorang suami, anda perlu tahu bahawa setelah berkahwin dia menjadi tanggungjawab anda. Maka dengan itu, dirinya berhak bergantung harap kepada anda dan mula kurang untuk berdikari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen