Dekati Crush Dengan Hanya Melalui Kiriman Mesej, Pasti Ramai Yang Nak Cuba Kan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti mempunyai crush yang tersendiri bukan. Dan setiap crush itu akan membuatkan diri anda ingin mendekati mereka. Terlebih dahulu pasti anda akan mendekati mereka dengan melalui kiriman mesej. Dan anda juga akan cuba untuk menjadi rakan dan teman dirinya bukan. Jom ketahui bagaimana mendekati crush anda dengan menggunakan kiriman mesej.



1. Penggunaan ayat yang mempunyai perasaan ingin dijawab.

Jangan jadi seseorang yang membosankan. Pilih ayat atau topik yang menarik supaya dia juga berminat untuk membalasnya. Jangan tanya soalan yang terlalu membosankan seperti tengah buat apa, atau sudah makan ke belum? Cuba untuk kongsi link video atau artikel yang menarik untuk mempunyai perbualan yang panjang.

2. Sabar menunggu balasan darinya.

Jangan bersikap memaksa. Cuba untuk sabar mendapat balasan mesej darinya. Jika anda mengamalkan sikap yang memaksa anda akan berasa rimas. Cuba untuk bertenang dan faham akan keadaannya yang sibuk itu. Jangan kerap memaksa dirinya untuk membalas pesanan anda dengan kadar segera.

3. Penggunaan emoji yang lebih bersederhana.

Cuba untuk tidak memakai emoji yang menggoda ataupun yang sedang inginkan perhatian. Cuba untuk menggunakan emoji yang biasa namun masih lagi manis untuk dipandang. Jika anda menggunakan emoji yang ingin menarik perhatiannya, perasaan anda akan mudah dibaca olehnya.


4. Jangan terlalu busy body.

Anda terlalu kerap melihat media sosialnya, hingga terbawa-bawa perasaan ingin tahu pelbagai perkara darinya. Jangan pernah ambil tahu akan dirinya. Cukup sekiranya anda melihat sahaja media sosialnya. Jangan jadikan ia topik perbualan anda, kerana ia akan membuat dirinya hilang minat terhadap anda.

5. Beri ruang pada dirinya.

Tidak semua orang suka didekati dengan cara yang agresif. Anda perlu tahu waktu bila yang sesuai untuk menghubunginya. Bukannya tiap masa anda menghubunginya. Sesekali cuba jangan meninggalkan mesej atau cuba untuk menghubungi. Cara tahu adakah dirinya akan mencari anda atau tidak. Tetapi jangan lama-lama takut nanti ada yang menggantikan anda.

Bertindak dalam kesederhanaan apabila ingin memikat hati seseorang yang anda sukai. Jangan terlalu terburu atau gelojoh, kerana ia akan membuat dirinya hilang untuk mengenali anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen