5 Tanda Hubungan Anda Lebih Kepada Fizikal Bukan Melibatkan Perasaan Cinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua hubungan antara lelaki dan wanita ini akan lebih cenderung untuk satu hubungan cinta serta kasih sayang. Boleh jadi di sebalik hubungan yang dibina itu terdapat maksud lain yang tersembunyi tetapi cuba untuk dipenuhi. Hubungan seperti ini mungkin tidak akan begitu kelihatan tetapi anda dapat merasainya melalui perbuatan dirinya terhadap anda. Mari ketahuinya.



1. Tidak selesa untuk berkongsi perasaan bersama.

Menjalinkan hubungan cinta ini banyak melibatkan perasaan emosi. Tetapi sekiranya perasaan emosi itu sendiri sukar diluahkan oleh pasangan anda ia akan membawa erti kata lain. Bukan itu sahaja, ia juga mampu membuat hubungan itu menjadi kosong dan tidak bererti.

2. Pasangan mempunyai sejarah hubungan jangka pendek.

Ini meragukan! Ketidakupayaan dia untuk mengekalkan perhubungan yang lama akan menjadi tanda ketidakjujurannya juga. Ini boleh menjadikan salah satu sebab yang kukuh bahawa dia ini lebih memandang kepada fizikal bukan kepada emosi. Cuba ambil tahu sejarah hubungan mereka dan gunakan sejarah itu untuk kebaikan diri anda.

3. Tidak bersedia untuk serius dalam hubungan.

Ini mungkin adalah yang paling biasa akan terjadi. Dia tidak menunjukkan bahawa dia ini serius terhadap anda. Dia akan tunjukkan bahawa dirinya berminat akan anda, tetapi sebenarnya dia hanya berpura-pura sahaja.


4. Percubaan mengajak anda melakukan sesuatu yang kotor.

Dia ini mula mengajak anda untuk melakukan sesuatu yang kotor. Sebagai contoh dia kerap berbual mengenai seks dalam perbualan harian bersama anda. Dia seolah-olah cuba untuk menarik minat anda untuk melakukan atau mencuba ke arah itu.

5. Percubaan melakukan sentuhan ke atas anda.

Apabila anda berjumpa dengannya, dia akan mengajak anda untuk berjumpa ke tempat yang lebih senyap dan tersembunyi. Bukan itu sahaja, dia juga cuba untuk mengambil kesempatan ke atas anda dengan menyatakan tidak sengaja bersentuhan dengannya.

Jangan mudah percaya akan seseorang itu apabila anda baru sahaja mengenalinya. Cuba lebih yakin terhadap kata hati anda mengenai dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen