Tips Perkahwinan: Jangan Membuat Persediaan Pada Saat Akhir Ketika Majlis (Bahagian 1)

Majlis hari indah yang anda nanti-nantikan telah tiba, jadi jangan lakukan semuanya last minute dan...

1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.

Anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis dimana anda HARUS tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokkan harinya.



2. Bangun awal solat subuh.

Apabila tidur awal, pasti mudah untuk bangun subuh. Ia sangat penting untuk mendapat restu daripada-Nya di awal pagi.

3. Jangan lupa sarapan pagi.

Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan. Jika perut masuk angin, pasti anda mula merasa cranky dan tiada mood.

4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelam kabut.

Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan jurumekap sampai ke lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dan sebagainya.



5. Pengantin lelaki, jangan lupa pada cincin nikah anda.

Kepada pengantin lelaki, lantiklah seseorang untuk memegang cincin nikah anda supaya anda tidak kalut untuk mencari ketika majlis. Ketika perasaan gementar pasti banyak benda lain boleh berlaku.

6. Pengantin perempuan, jangan pakai baju persalinan ketika mekap.

Ketika disolek, pakai T-Shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkene bahan-bahan mekap. Pakailah T-shirt yang sedap mata orang melihat dan menutup aurat.

Pengapit juga perlu sediakan minuman atau makanan ringan untuk pengantin tidak terlalu gementar.

7. Hantar pesanan ringkas.

Perkara ini tidak wajib, tetapi jika anda berdua terlalu nervous tidak salah hantar pesanan ringkas pada pasangan untuk memastikan si dia tersenyum.



8. Pesanan pada pengapit/dulang girls/dulang boys.

Fikiran bakal pengantin pasti tidak menentu memikirkan segala hal terutama pengantin perempuan, jadi ingatkan pada ketua pengapit supaya berdisiplin dan hadir tepat pada waktunya.

9. Selesakan kasut baru.

Jika anda menempah kasut baru, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukan lah satu perkara yang best.

10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan.

Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi jangan lah juga sembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botal minyak wangi supaya jika baunya hamper pudar boleh sembur kembali.



11. Pengapit perlu pastikan semuanya berjalan lancar.

Inilah tugas anda sebagai pengapit. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda adalah golongan terpilih untuk memastikan majlis sahabat anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.

Selain itu, pengapit juga harus memastikan adanya SURVIVAL KIT supaya jika berlaku perkara tidak diingini, ia memudahkan tugas anda.

12. Jangan pegang phone.

Lantik pengapit atau adik-beradik untuk memegang phone anda ketika majlis untuk menjawab semua sms atau call.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen