Jaga-Jaga Jika Pasangan Anda Berkelakuan Seperti Ini, Ia Mungkin Memberi Kesan Buruk Pada Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap hubungan percintaan tidak semestinya akan baik sentiasa. Adakalanya akan berlaku pergaduhan yang membuat setiap pasangan saling rindu. Namun begitu, jika hubungan anda dingin di mana tiada pergaduhan atau salah faham ia mungkin akan mendatangkan perubahan dalam hubungan anda. Selalunya hubungan seperti tidak akan mendatangkan petanda, tahu-tahu pasangan kita ini sudah berubah perangai. Hati-hati mengenai petanda sebegini kerana ia akan mengeruhkan hubungan anda. Jom ketahuinya.



1. Lebih menggunakan bahasa badan.

Tanda yang anda boleh lihat ialah pasangan anda lebih menggunakan bahasa badan berbanding percakapan. Dia seolah-olah malas untuk mengadakan komunikasi dengan anda. Jadi dia akan menggunakan bahasa badan untuk menamatkan perbualan.

2. Tiada keinginan untuk berjumpa.

Apabila anda mengajaknya untuk mengadakan pertemuan, dia akan memberi alasan yang sememangnya tidak boleh dielakkan. Sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang perkerjaan dan hanya duduk di rumah. Dia hanya cuba untuk tidak berjumpa dengan anda.

3. Cuba mengelak dari anda.

Apabila anda mencarinya atau cuba menghubunginya, dia seakan-akan mengelak dari anda. Di mana mereka tidak mahu berjumpa ataupun berbual panjang dengan anda. Dia juga memberi pelbagai alasan untuk mengelak terus berbual dengan anda.


4. Lebih memilih perkara lain berbanding anda.

Dirinya kerap menyatakan sibuk mengenai kerja dan rakan-rakannya sehingga dia tidak mempunyai waktu untuk bersama anda. Jadi anda bukan pilihan kedua mahupun ketiganya.

Jika pasangan anda berkelakuan seperti ini, ia mempunyai dua kemungkinan. Yang pertama anda melakukan kesalahan hingga membuat dirinya terluka dan yang kedua ialah dirinya sudah anda yang lain. Sila periksa pasangan anda ye!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen