Bagaimana Pikat Lelaki Pemalu? Ikuti Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki pemalu ini pasti disukai ramai wanita. Bukan hanya disukai, mereka ini pasti ingin menjadikan lelaki pemalu ini sebagai pasangan mereka. Tetapi sukar untuk mendekati lelaki pemalu ini kerana mereka sukar untuk berbual dengan wanita. Berikut adalah tips untuk memikat lelaki pemalu. Mudah sahaja.



1. Bersikap comel dan manis.

Anda perlulah menjadi seorang wanita yang comel dan manis. Hal ini kerana, lelaki pemalu ini suka akan wanita seperti ini. Tetapi pada masa yang sama tunjukkan sifat anggun anda serta berani anda. Barulah mereka ini pandang anda.

2. Tidak terburu-buru.

Apabila memikat mereka ini, anda jangan bersifat terburu-buru. Hal ini kerana, apabila anda megejar serta memaksa mereka ini, mereka akan semakin menjauh dengan anda. Maka dengan itu, cuba untuk mengambil sedikit langkah agar anda tidak kelihatan begitu terkerjar-kejar dengan dirinya.

3. Bersikap kelakar.

Demi untuk memikat hati mereka, apa kata anda cuba menjadi seorang yang kelakar. Hal ini kerana, lawak yang kelakar akan membuat dirinya sedikit tenang. Bukan itu sahaja, apabila lawak anda kelakar pasti mudah untuk anda mendekati diri dengannya.


4. Menjadi seorang yang peramah.

Dirinya seorang pemalu, jadi sudah pasti dia tidak akan memulakan perbualan. Maka dengan itu, tidak salah sekiranya anda menjadi peramah dan memulakan perbualan dengannya. Tetapi ingat berbual dengan perkara-perkara yang santai. Hal ini untuk membuat dia berasa malu dan gemuruh.

5. Meluahkan perasaan bukan dengan cara bersemuka.

Jika anda sudah dapat menangkap perasaannya terhadap anda, apa kata anda cuba meluahkan perasaan anda. Tetapi bukan secara bersemuka. Lebih baik menggunakan kaedah seperti kiriman mesej ataupun panggilan telefon. Barulah si dia tidak terlalu rasa malu nanti.

Lelaki pemalu ini tidak mudah untuk didekati, tetapi apabila anda dapat sahaja hatinya pasti anda akan menjadi orang yang bahagia. Jadi bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen